Cara Share Kredit Melalui Aplikasi Halo Telco

Cara Share Kredit Melalui Aplikasi Halo Telco

Bismillahirrahmanirrahiim

Anda ada kredit lebih dan ingin kongsikan bersama dengan yang tersayang? Jangan risau, saya akan tunjukkan cara share kredit melalui aplikasi Halo Telco. Proses ini sangat mudah dan hanya akan mengambil masa dalam tempoh 3-5 minit sahaja. Jom kita semak bagaimana caranya untuk anda share kredit yang ada kepada orang lain.

Cara Share Kredit Melalui Aplikasi Halo Telco

Sebelum saya tunjukkan caranya, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum share kredit.

  1. Status kedua-dua akaun harus aktif
  2. Penghantar kredit mesti menggunakan nombor tersebut lebih dari 60 hari
  3. Penghantar kredit mestilah mempunyai baki yang mencukupi.
  4. Satu hari maksimum RM 10 sahaja, dan sebulan maksimum RM 100

Pertama – Login kedalam aplikasi dan pilih ikon Orang

Kedua – Skrol dan cari perkataan Credit Transfer.

Ketiga – Pilih nombor penghantar kredit. Jika anda mempunyai lebih dari satu nombor, anda akan nampak semua nombor milik anda.

Keempat – Masukkan nombor penerima. Pastikan nombor tersebut adalah tariff Halo Telco dan pilih amaun sama ada RM 3, RM 5 atau RM 10. Klik Submit

Kelima – Klik pada Confirm. Charge RM 0.50 akan dikenakan kepada penghantar dan juga penerima.

Keenam – Masukkan Nombor Pin pengesahan dan klik Confirm

Ketujuh – Anda akan menerima resit pengesahan. Dalam masa beberapa minit anda akan menerima SMS bahawa kredit telah berjaya dipindahkan.

Kesimpulan

Saya sudah menerangkan tentang Cara Share Kredit Melalui Aplikasi Halo Telco. Oleh itu, anda boleh lakukan perkongsian kredit bersama rakan-rakan atau keluarga anda yang memerlukan. Namun untuk pengetahuan anda tempoh sah yang diberikan tidak sama seperti top up biasa. Contohnya tempoh sah RM 3 hanya 1 hari manakala RM 5 dan RM 10 hanya 3 hari sahaja.

Cara Topup Melalui Aplikasi Halo Telco

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *