Cara Topup Melalui Aplikasi Halo Telco

cara topup melalui aplikasi Halo Telco

Bismillahirrahmanirrahiim

Untuk makluman anda semua, pihak Halo Telco telah melancarkan satu aplikasi terbaru yang akan menggantikan aplikasi lama Halogo Lifestyle. Hari ini saya berkesempatan untuk menunjukkan cara topup melalui aplikasi Halo Telco. Langkahnya amat mudah dan boleh dilakukan dengan pantas oleh pengguna nombor Halo Telco.

Cara Topup Melalui Aplikasi Halo Telco

Pertama – Selepas Login, sila klik pada butang Top Up di bahagian Home. Proses ini akan menambah nilai Top Up Balance yang ditunjukkan di dalam halaman Home seperti dibawah.

Kedua – Anda boleh memilih jumlah top up yang mana ia bermula dari RM 30, RM 50, RM 100 dan RM 200. Anda hanya perlu slide sahaja ke kiri dan kekanan pada bahagian jumlah. Maaf, tiada pilihan untuk top up pada harga RM 5, RM 10 dan RM 20 di dalam aplikasi buat masa ini. Ianya dilakukan untuk menggalakkan pelanggan top up minima RM 30 supaya pelanggan boleh mendapat manfaat insurans Takaful dari Zurich secara percuma.

Ketiga – Klik dibawah Payment Method untuk memilih kaedah Top Up. Anda boleh memilih sama ada Online Banking, E Wallet dan juga Kredit Kad. Selepas itu, klik pada perkataan Proceed untuk teruskan.

Keempat – Isikan nombor telefon yang boleh dihubungi beserta email yang aktif. Ianya akan digunakan untuk penghantaran resit selepas transaksi berjaya. Kemudian klik pada perkataan Continue Payment. Selepas itu sila masukkan login bank anda dan teruskan arahan yang diberikan.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan kepada anda Cara Topup Melalui Aplikasi Halo Telco. Buat masa ini jika anda ingin top up dibawah harga RM 30, anda boleh top up secara direct melalui perbankan online, ewallet ataupun top up pin yang boleh didapati di kedai serbaneka. Diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk melakukan top up dengan mudah.

Mengapa Data Internet Cepat Habis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *