Bismillahirrahmanirrahiim
Dealer adalah orang yang menguruskan pendaftaran dan juga isu-isu kecil pelanggan sewaktu jualan dilakukan. Pelanggan akan menjadi lebih kagum apabila anda boleh memaparkan pengetahuan yang tinggi semasa mereka bertanya berkenaan dengan produk dan masalah yang dihadapi. Sebagai dealer, anda perlu tahu sedikit asas teknikal. Dibawah saya terangkan senarai basic troubleshooting Yang Perlu Dealer Tahu.
Basic Troubleshooting Yang Perlu Dealer Tahu
Internet – Sekiranya pelanggan menghadapi masalah dengan sambungan internet, boleh gunakan langkah dibawah terlebih dahulu.
- Minta pelanggan berikan paparan dial *133# untuk pastikan dia menggunakan sim yang betul
- Jika pelanggan guna dual sim, pastikan mobile data sudah set pasa sim Halo Telco
- Restart Telefon
- Keluar Masuk Simkad Halo Telco
- Set APN Tunetalk
- Aktifkan mobile data dan semak semula status rangkaian.
- Sekiranya masih gagal, semak jika masih ada baki kuota atau tidak. Jika habis perlu beli plan baru
- Sekiranya kuota masih ada, boleh berhubung dengan CS Halo Telco untuk laporan dibuka.
SMS – Sekiranya pelanggan menghadapi masalah sama ada terima/hantar SMS, sila ikuti langkah dibawah.
KLIK SINI UNTUK BELI SIMKAD HALO TELCO DIRECT DARI HQ
- Minta pelanggan dial *133# untuk pastikan sim yang digunakan.
- Jika pakai dual sim, cabut satu sim dahulu.
- Restart Telefon
- Keluar masuk simkad Halo Telco
- On Off Mode Pesawat
- Cuba lakukan ujicuba terima message atau hantar message.
- Jika masih gagal, semak SMSC Number
- Jika SMSC number betul, semak baki kredit yang ada. Jika tiada kredit minta pelanggan top up
- Jika isu tidak boleh terima SMS, semak blocked contact.
- Sekiranya masalah tak selesai, boleh direct kepada CS Halo Telco.
Panggilan – Untuk isu pelanggan yang melibatkan panggilan, boleh gunakan kaedah dibawah.
- Dial *133# untuk sahkan sim yang digunakan.
- Cabut sim lain jika guna dual sim.
- Restart Telefon
- Keluar Masuk Sim Halo Telco
- On Off Mode Pesawat
- Cuba lakukan panggilan semula / terima panggilan
- Jika gagal, cuba reactive balik pilihan VOLTE.
- Jika gagal, cuba tukar kepada 2G dan lakukan panggilan
- Jika gagal, semak blocked contact
- Jika gagal, semak baki kredit yang ada.
- Sekiranya masalah masih tak diselesaikan, barulah berhubung dengan pihak CS Halo Telco.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan tentang cara untuk melakukan Basic Troubleshooting Yang Perlu Dealer Tahu. Benda ini nampak seperti remeh tetapi ianya sentiasa berjaya menyelesaikan isu isu kecil yang dihadapi dan membuatkan trust pelanggan kepada anda menjadi lebih tinggi. Bagi mereka yang ingin menjadi rakaniaga Halo Telco dibawah bimbingan saya, sila whatsapp saya terlebih dahulu dengan klik butang ikon Whatsapp yang anda nampak. Sekian terima kasih.

