Cara Transfer Coin dan Komisen dari Halogo Lifestyle

Cara Transfer Coin dan Komisen dari Halogo Lifestyle

Bismillahirrahmanirrahiim

Halo Telco telah melancarkan satu aplikasi terbaru iaitu Halo Telco apps dan akan menutup aplikasi Halogo Lifestyle secara berfasa. Namun, ia menjadi kebimbangan pengguna kerana masih ada lagi baki coin yang ada di dalam aplikasi lama. Mari saya tunjukkan Cara Transfer Coin dan Komisen dari Halogo Lifestyle melalui apps sahaja.

Cara Transfer Coin dan Komisen dari Halogo Lifestyle

Sebelum anda transfer semua coin dan komisen anda kepada aplikasi Halo Telco terbaru, terdapat beberapa info penting yang perlu anda lakukan.

  1. Aplikasi terbaru tidak ada fungsi withdraw. Oleh itu, jika anda ingin keluarkan duit komisen dan masukkan ke dalam bank, sila lakukan terlebih dahulu di dalam aplikasi Halogo Lifestyle.
  2. Selepas pindahan, akaun Halogo Lifestyle anda akan terus ditutup.
  3. Proses pemindahan biasanya akan mengambil masa 5 ke 10 minit. Paling lama ia boleh mengambil masa sehingga 24 jam.

Pertama – Login seperti biasa di dalam aplikasi terbaru Halo Telco menggunakan OTP. Klik pada ikon orang seperti dibawah.

Kedua – Cari option Halogo Lifestyle Transfer Request dan klik. Sekiranya tiada, sila reinstall semula aplikasi anda kerana pihak Halo Telco ada mengeluarkan versi terbaru.

Ketiga – Semak Identitiy Number anda dan klik pada Proceed. Semua komisen dan coin dibawah ID tersebut akan dipindahkan semua sekali ke dalam aplikasi baru.

Keempat – Masukkan PIN pengesahan dan klik Confirm. Pemindahan akan mengambil masa dalam tempoh sekitar 5-10 minit.

Kelima – Klik pada gambar ikon + dan semak baki coin anda yang telah berjaya dipindahkan.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang Cara Transfer Coin dan Komisen dari Halogo Lifestyle. Ianya sangat mudah kerana hanya perlu dilakukan melalui aplikasi sahaja. Kadang-kadang proses akan mengambil sedikit masa. Oleh itu sila tunggu dalam tempoh paling lama adalah 24 jam. Jika isu masih berlarutan hubungi pihak khidmat pelanggan untuk proses selanjutnya.

Alhamdulillah

Cara Share Kredit Melalui Aplikasi Halo Telco

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *