Pelan Prabayar VS Pascabayar Mana Lebih Untung

Pelan Prabayar VS Pascabayar

Bismillahirrahmanirrahiim

Di dalam dunia telekomunikasi, terdapat dua pelan yang boleh dipilih pengguna iaitu prepaid atau postpaid. Prepaid bermaksud anda masukkan kredit dahulu dan anda boleh menikmati servis yang ditawarkan manakala postpaid pula, anda pakai dahulu, kemudian hujung bulan anda bayar berdasarkan penggunaan. Penting untuk anda pilih antara keduanya supaya ianya sesuai dengan bajet dan gaya hidup anda.

Namun, persoalannya, yang mana lebih berbaloi? Adakah Prabayar atau Pascabayar? Artikel kali ini akan menerangkan pro and kontra Pelan Prabayar VS Pascabayar untuk panduan anda.

Kelebihan dan Kekurangan Pelan Prabayar

Pro 1 – Dalam konteks Pelan Prabayar VS Pascabayar, prabayar tidak mengandungi kontrak. Maka anda bebas untuk guna dan tamatkan perkhidmatan semula tanpa apa-apa bayaran atau masalah dikemudian hari. Perkara ini penting kerana jika kawasan anda memang menghadapi masalah rangkaian yang sangat serius, anda mempunyai fleksibiliti untuk bertukar kepada telco lain yang sesuai.

Pro 2 – Murah. Kini prepaid telah mampu menawarkan pelan yang sangat berbaloi dengan harga yang tak masuk akal. Sesuai untuk mereka yang ingin mempunyai bajet yang rendah. Bayangkan, dengan RM 35, anda boleh dapatkan 150 GB data kuota tanpa sekatan kelajuan dengan pembelian plan di Halo Telco. Jadi, lebihan wang yang ada boleh digunakan untuk perbelanjaan lain yang penting.

Pro 3 – Had Penggunaan anda telah limit secara am. Katakan anda top up RM 50, maka anda akan tahu RM 50 sahaja akan digunakan pada ketika itu. Ia tidak mungkin boleh burst menjadi RM 100. Sekiranya nombor anda telah di scam, anda hanya mengalami kerugian berdasarkan kredit yang dimasukkan sahaja.

Kon 1 -Keburukan penggunaan prepaid ini adalah tidak mempunyai fungsi yang lebih advance. Sebagai contoh adalah seperti sokongan untuk roaming, atau panggilan IDD. Bagi pengguna bisnes, fungsi-fungsi ini amat penting sekiranya mereka berada diluar negara dan malas untuk bertukar-tukar simkad dan mengekalkan kredibiliti perniagaan mereka

Kon 2 – Keburukan seterusnya adalah agak sukar untuk lakukan pendaftaran secara bundle bagi pelanggan yang melibatkan syarikat. Walaupun Halo Telco menyokong untuk pendaftaran syarikat namun proses pengurusannya agak leceh dan pelanggan terpaksa menunggu masa yang lama bagi tujuan tersebut.

Kelebihan dan Kekurangan Pelan Pascabayar

Pro 1 – Bagi meneruskan perbandingan antara Pelan Prabayar VS Pascabayar, kelebihan postpaid adalah mempunyai features yang lebih baik. Biasanya mereka dilengkapi dengan panggilan IDD atau roaming yang telah dimasukkan sekali dalam bundle plan. Oleh itu penggunaan ini menjadi murah dan ianya boleh digunakan semasa berada di negara perantauan.

Pro 2 – Mudah untuk mendaftar secara bulk, sama ada untuk keseluruhan keluarga mahupun untuk syarikat. Malah bundle yang diberikan mungkin lebih murah berbanding bayaran seperti biasa. Dengan satu harga anda boleh bayar untuk semua nombor dibawah akaun yang sama. Jadi anda tidak perlu pening kepala untuk monitor satu per satu nombor

Pro 3 – Mudah untuk urusan claim, tax dan sebagainya. Postpaid didatangkan dengan bil. Oleh itu, anda boleh gunakan bil ini untuk berbagai tujuan rasmi seperti pengesahan alamat dan sebagainya. Ianya juga boleh menyumbang kepada skor pengguna anda yang cantik kerana anda membayar bil tepat pada masanya dan boleh juga dijadikan sebagai bukti sokongan sekiranya anda ingin lakukan pinjaman.

Kon 1 – Postpaid akan dikenakan caj SST. Jadi ianya akan menjadi satu bayaran tambahan kepada anda sebagai pengguna. Semakin tinggi bil anda, maka semakin tinggi caj SST yang dikenakan. Contohnya bulan pertama anda bayar RM 100 sahaja, SST anda adalah RM 6. Tetapi tiba2 bulan seterusnya bayar RM 150 sebab ada banyak lakukan panggilan antarabangsa, jadi SST anda menjadi RM 9.

Kon 2 – Postpaid biasanya ada kontrak. Benda ini amat merenyahkan pengguna. Sekiranya anda ingin tamatkan perkhidmatan anda perlu bayar dahulu penalti yang bagi anda mahal dan tak patut. Bayangkan anda baru sahaja gunakan perkhidmatan selama 1 bulan, tetapi kualiti rangkaian anda sangat teruk. Anda tiada opsyen melainkan untuk gunakan rangkaian sehingga tamat kontrak untuk elakkan penalti.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan dengan Pelan Prabayar VS Pascabayar. Secara amnya ia lebih kepada penyesuaian gaya hidup dan bajet. Jika bajet anda rendah atau anda fokus untuk saving, prepaid adalah pilihan yang paling baik. Sekiranya anda ahli perniagaan, postpaid adalah yang terbaik. Ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata.

Cara Jimat Data Internet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *