5 Cara Jimat Data Internet Tanpa Kurang Guna Kuota

cara jimat data internet

Bismillahiirahmanirrahiim

Pernah tak anda mengalami data internet bulanan yang cepat habis sebelum akhir bulan. Baru pakai 2 minggu tetapi penggunaan sudah melebihi 50 GB. Anda pasti pelik kerana anda rasa anda cuma guna sedikit sahaja. Untuk makluman semua, rangkaian 4G dan 5G kini sudah semakin maju dan kelajuan yang ditawarkan juga kini sudah lebih efisien. Anda juga boleh melayari sosial media dan video HD tanpa rasa buffering. Jangan risau artikel kali ini akan tunjukkan 5 cara jimat data internet bulanan anda.

Punca Data Kuota Cepat Habis

Kita harus akui bahawa teknologi 4G/5G semakin pesat dan untuk mencapai had kelajuan atas 30 Mbps adalah perkara normal. Antara faktor yang menyumbang penggunaan data yang tinggi tanpa anda sedari adalah Auto Play Video di social media, background apps seperti iCloud, tengok movie tetapi setting pada 4K HD dan juga kemaskini auto untuk semua aplikasi di telefon.

Perkara ini anda tidak perasan kerana kebanyakan dilakukan secara belakang tabir dan juga tetapan. Contohnya, anda tengok video Youtube, sekiranya anda mempunyai kelajuan yang tinggi, website akan terus set kepada kualiti video yang tinggi seperti 720p keatas. Bayangkan dengan menonton Youtube berkualiti HD dalam sejam boleh menelan sehingga 1 GB kuota anda.

5 Cara Jimat Data Internet Bulanan Anda

Bagi mengelakkan isu seperti ini terjadi pada masa akan datang, jom semak semua cara yang boleh anda gunakan untuk jimatkan data bulanan anda.

Pertama – Lakukan tetapan had data atau amaran penggunaan. Tetapan ini boleh dilakukan di dalam telefon anda. Secara amnya anda harus cari tetapan Set Data Limit di dalam telefon anda. Terdapat dua fungsi yang anda boleh gunakan iaitu Data Warning dan juga Data Limit. Data Warning hanya akan memberikan notifikasi sahaja manakala Data Limit akan terus off mobile data di telefon anda.

Kedua – Set Auto Play Video anda kepada manual dan adjust kualiti video tontonan. Sekiranya anda set kepada HD, mungkin anda boleh tukar kepada 720 pixel sahaja. Perbezaan kualiti tidaklah ketara malah anda juga tidak dapat bezakan pada mata kasar. Anda juga boleh set kepada muat turun sesuatu video hanya apabila anda menggunakan Wifi sahaja.

Ketiga – cara jimat data internet seterusnya adalah dengan mematikan kemaskini automatik aplikasi anda. Secara amnya, setakat aplikasi kecil tidaklah menyumbang kepada penggunaan data yang tinggi namun aplikasi games yang besar seperti Mobile Legend, Free Fire dan sebagainya akan menelan kuota yang besar. Biasanya jika mereka melakukan kemaskini besar besaran ianya akan menelan lebih dari 1 GB dalam satu masa.

Keempat – Gunakan mod Jimat Data . Sekiranya anda gunakan android, anda boleh cari fungis Data Saver manakala jika anda guna Iphone anda boleh lakukan pilihan Low Data Mode. Sekiranya mod ini diaktifkan, aplikasi yang menggunakan sambungan internet secara background seperti Whatsapp atau Google Play akan dihentikan serta merta. ianya hanya boleh beroperasi dengan internet apabila anda membuka aplikasi tersebut sahaja di dalam telefon.

Kelima – Cara jimat data internet terakhir adalah gunakan Wifi sekiranya berada di kawasan yang mempunyai Wifi seperti di rumah atau di pejabat. Tiada keperluan untuk anda menggunakan mobile data jika anda berada di dalam lingkungan sambungan internet yang lebih stabil. Mobile data ini khusus untuk penggunaan semasa anda bergerak dan di kawasan yang tiada sambungan Wifi yang efisien.

Kesimpulan

Saya telah terangkan 5 cara jimat data internet yang boleh anda praktikkan serta merta. Perlu kita ketahui, menjimatkan data bukan bermakna anda perlu kurangkan penggunaan internet tetapi perlu kawal dengan bijak. Dengan mengawal data anda secara efisien, anda boleh menjimatkan wang anda dari membeli booster atau plan yang berharga lebih mahal.

Alhamdulillah

Pelan Epik 28

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *