Cara Pilih Pelan Telco Yang Sesuai

Cara Pilih Pelan Telco Yang Sesuai

Bismillahirrahmanirrahiim

“Agaknya pelan telco apa yang paling match dengan hidup aku ya?”

Ini adalah soalan yang sentiasa muncul didalam kepala pengguna semasa ingin lakukan langganan pelan. Namun, ramai yang menggunakan faktor harga atau promosi semasa lakukan pemilihan plan, bukan dari corak kegunaan sebenar. Akibatnya, data cepat habis atau data terlampau banyak tidak digunakan menyebabkan anda perlu bayar lebih mahal dari yang biasa.

Artikel ini akan terangkan tentang cara pilih pelan telco yang sesuai yang kena dengan gaya dan hidup anda sendiri.

Cara Pilih Pelan Telco Yang Sesuai

Semak Liputan Kawasan – Perkara pertama yang perlu anda buat adalah semak liputan terlebih dahulu. Tak ada gunanya kalau anda dapat pelan 1000 GB sekalipun, tetapi tempat anda tiada signal. Pelan terbaik atas kertas tak bermakna di rumah anda mempunyai signal yang penuh atau sambungan internet yang pantas. Anda boleh gunakan Jendela dot My untuk lakukan semakan kawasan. Anda juga boleh tanya jiran-jiran sekeliling apakah rangkaian terbaik dikawasan tersebut.

Padankan Dengan Gaya Hidup – Ini adalah antara cara pilih pelan telco yang sesuai. Anda harus tahu bagaimana gaya hidup anda. Kalau anda banyak buat panggilan, anda perlu dapatkan pelan yang tawarkan panggilan percuma ke seluruh rangkaian. Jika anda kuat gunakan data, data kuota yang besar adalah fokus anda. Sekiranya anda kerap ke luar negara, mungkin pelan yang disertakan dengan roaming adalah pilihan anda.

Ketahui Jumlah Penggunaan Data Kuota Bulanan – Secara amnya kebanyakan pelan adalah hampir sama. Yang membezakannya adalah harga dan juga jumlah data kuota bulanan. Anda boleh semak dahulu berapa banyak data kuota yang anda gunakan di dalam telefon. Bagi pengguna android, anda boleh pergi ke Setting, taip Data Usage dan tukar filter kepada monthly. Dari situ anda boleh tahu berapa banyak data yang anda gunakan secara purata setiap bulan.

Berhati-hati dengan maksud Unlimited – Mana-mana pelan yang datang dengan perkataan unlimited, selalunya akan ada FUP dan juga speed cap. Apabila anda telah mencapai had FUP, maka kelajuan anda akan dihadkan bawah 1 Mbps sahaja. Oleh itu, anda perlu tanya seller terlebih dahulu berapa FUP yang diberikan apabila plan tersebut unlimited. Jika FUP masih dibawah kadar data penggunaan anda, maka anda boleh subscribe plan tersebut.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan kepada anda tentang carapilih pelan telco yang sesuai. Anda harus pilih bukan semata-mata harga tetapi adalah berdasarkan gaya hidup dan penggunaan. Oleh itu, barulah anda boleh memaksimumkan nilai wang yang anda gunakan untuk beli plan. Tidak ada guna jika anda beli plan yang murah tetapi sentiasa kehabisan data kuota kerana tidak match dengan gaya hidup anda.

Kenapa Internet Slow Waktu Malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *