Mengapa ESIM Tidak Dapat Diaktifkan

mengapa esim tidak dapat diaktifkan

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya berkesempatan untuk menerangkan tentang mengapa ESIM tidak dapat diaktifkan di dalam telefon anda. Ia boleh terdiri daripada berbagai punca dan saya akan terangkan satu per satu bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Diharap selepas ini anda akan lebih berhati-hati semasa proses instalasi ESIM.

Apa itu ESIM

ESIM adalah simkad dalam bentuk perisian yang mana anda hanya perlu imbas sahaja QR Kod ke dalam telefon anda. Kelebihan ESIM adalah ianya tidak akan mengalami masalah kerosakan fizikal tetapi kekurangan terbesar adalah ianya hanya boleh digunakan pada satu peranti sahaja. Melainkan anda pemilik Iphone 16, anda boleh lakukan proses Transfer ESIM ke telefon yang lain.

Mengapa ESIM Tidak Dapat Diaktifkan

Terdapat dua sebab utama yang meyebabkan ESIM tidak dapat diaktifkan iaitu isu teknikaliti dari anda atau isu teknikaliti dari pihak telco.

  1. Teknikaliti dari anda : Anda telah Delete ESIM tersebut secara sedar atau tidak sedar.
  2. Teknikaliti dari pihak Telco : Anda masih tidak dapat imbas walaupun selepas pendaftaran dilakukan.

Bagaimana anda terdelete ESIM anda secara tidak sedar? Berikut adalah faktor-faktor yang selalu terjadi.

  1. Handphone anda jammed atau hang semasa imbasan QR Kod ESIM
  2. Rangkaian internet yang tidak stabil semasa inbasan
  3. Anda tekan back secara tidak sengaja semasa instalasi QR Kod
  4. Anda klik DELETED SIM selepas menyangka anda tersilap imbas.

Apabila masalah seperti diatas berlaku, sila semak dengan pihak telco anda. Jika memang sah status ESIM bertukar DELETED, maka kod ESIM itu tidak boleh digunakan lagi. Anda harus lakukan pembelian sekali lagi ESIM baru. Jika perkara diatas tidak berlaku, maka hubungi telco anda untuk pembaikan selanjutnya.

Langkah Yang Perlu Diambil


Anda telah tahu mengapa ESIM tidak dapat diaktifkan, maka anda juga perlu tahu cara yang perlu diambil untuk mengelakkan masalah ini berlaku semasa instalasi QR Kod ESIM. Sila rujuk langkah-langkah yang diperlukan.

Pertama – Anda harus daftar dahulu ESIM anda dengan telco anda. Ini untuk mengelakkan anda keliru mengapa sim tiada servis walaupun sudah imbas menyebabkan anda klik pada butang DELETE ESIM di dalam telefon anda.

Kedua – Pastikan anda off Power Saving Mode dan juga Lock Screen untuk mengelakkan anda secara tidak sengaja tertekan back yang menyebabkan instalasi ESIM gagal.

Ketiga – Bagi memastikan sambungan internet anda stabil, sila restart telefon, anda terlebih dahulu untuk memastikan telefon anda bermula seperti baharu dan barulah anda imbas QR Kod anda.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang mengapa esim tidak dapat diaktifkan. Secara peribadi saya tidak suka menggunakan ESIM kerana ianya sukar dan hanya boleh digunakan pada satu peranti sahaja. Diharap artikel kali ini dapat memberikan sedikit ilmu kepada anda. Sekian terima kasih.

Cara Port Out Celcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *