Cara Port Out Celcom 2025

cara port out celcom

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya berkesempatan untuk menunjukkan tentang cara port out Celcom bagi tahun 2025. Dengan banyaknya kemunculan MVNO seperti Tunetalk Halo Telco, orang ramai mempunyai lebih banyak pilihan untuk mendapatkan pelan yang lebih murah tetapi masih lagi boleh menggunakan rangkaian Celcom. Jom kita lihat caranya.

Rangkaian Celcom

Celcom adalah telco yang terawal di Malaysia dan berjaya untuk lock senarai frekuensi rangkaian yang paling stabil. Jika anda orang teknikal yang suka bermain dengan radio frekuensi, anda akan tahu mengapa frekuensi operasi Celcom adalah terbaik berbanding telco lain. Jarak yang lebih jauh, sambungan yang lebih stabil itu membuatkan ramai yang ingin kekal gunakan rangkaian Celcom.

Namun, pelan yang ditawarkan agak mahal menyebabkan ramai yang mahu mencari alternatif lain tetapi masih lagi ingin gunakan rangkaian Celcom ini. Oleh itu mereka akan Port Out Celcom ke telco lain yang masih menggunakan rangkaian Celcom, biasanya MVNO.

Cara Port Out Celcom 2025

Sebelum anda Port Out Celcom, anda harus perhatikan semua perkara dibawah.

  1. Nombor yang anda ingin Port Out adalah nombor anda sendiri.
  2. IC yang didaftarkan di sistem adalah betul
  3. Pastikan nombor anda aktif, jika anda prepaid, anda top up dahulu minima RM 5, jika anda postpaid pastikan anda telah bayar bil.
  4. Jenis IC (Old/New) juga perlu betul dengan IC semasa anda
  5. Jika anda prepaid, pastikan anda tiada hutang Credit SOS /Credit Advance
  6. Jika anda Postpaid, pastikan anda bayar advance satu bulan ke hadapan. Jangan risau jumlah baki lebihan boleh di refund.
  7. Pastikan anda tiada kontrak seperti kontrak telefon. Jika ada, sila lakukan penamatan awal dengan bayar penalti
  8. Jika anda ada membeli nombor secara bundle seperti family plan anda ada dua pilihan iaitu Port Out semua sekali nombor atau pisahkan nombor anda dari bundle tersebut.

Selepas pastikan semua perkara diatas telah dipenuhi, barulah anda ikuti cara Port Out Celcom seperti dibawah.

  1. Hubungi telco pilihan anda. Contohnya jika anda ingin tukar ke Halo Telco, hanya dapatkan satu simkad Halo Telco dan lakukan proses pengekalan nombor lama semasa pendaftaran.
  2. Pastikan butiran di telco pilihan anda adalah sama dengan Celcom. Biasanya pastikan nama dan IC sahaja ditulis dengan betul dalam sistem telco pilihan atau dalam borang mereka.
  3. Pihak telco pilihan anda akan hantarkan permohonan anda kepada sistem Mobile Number Portability
  4. Masukkan simkad Celcom anda dan balas SMS pengesahan yang diberikan mengikut format dan tempoh yang ditetapkan. Format balas adalah seperti berikut : PortOut YES 0XXXXXXXXX
  5. Selepas balas, proses permohonan akan dilakukan dalam tempoh 24-48 jam hari bekerja.

Untuk ketahui Port Out Celcom anda telah berjaya, anda akan dapati simkad Celcom anda sudah tiada line . Jika perkara tersebut berlaku, sila masukkan simkad telco pilihan anda. Bagi pengguna simkad Halo Telco, anda boleh semak dengan dial *133# untuk lihat adakah nombor lama telah berada di dalam simkad anda.

Sekiranya gagal, anda akan menerima mesej dari Celcom yang mana transaksi gagal. Sila hubungi mereka untuk dapatkan penjelasan lanjut kemudian selesaikan dahulu isu yang dihadapi. Selepas selesai, barulah hubungi telco baru anda untuk hantarkan semula permohonan baru.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang cara port out Celcom tahun 2025. Mudah sahaja dan hanya mengambil masa tidak lebih dari 48 jam jika tiada apa-apa kesalahan yang berlaku. Semoga artikel kali ini dapat memberikan sedikit nilai tambah kepada anda. Terima kasih.

Senarai Kod MNP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *