Bismillahirrahmanirrahiim
Bila malam je, mula lah nak buka website loading, buka video buffering, main game lag. Benda ini mesti jadi bermula 8 malam keatas. Kadang-kadang sampai garu kepala fikir sebab dan punca. Ketahuilah, bukan anda seorang yang hadapi masalah ini, tetapi semua pengguna internet di seluruh dunia. Mari saya terangkan kenapa internet slow waktu malam.
Punca Kenapa Internet Slow Waktu Malam
Network Congestion – Ini adalah punca utama kenapa internet slow waktu malam. Bila malam, ramai pengguna sudah pulang ke rumah selepas bekerja atau belajar dan menggunakan internet untuk pelbagai tujuan seperti hiburan dan tonton video. Kelajuan yang sedia ada perlu dibahagi sama rata dengan semua pengguna supaya setiap orang boleh mendapatkan kelajuan yang mencukupi untuk melayari internet.
Apabil kelajuan sudah dibahagi,, secara tidak langsung ping akan meningkat dan video akan mula buffering. Walaupun signal anda penuh ia tidak bermakna internet anda laju kerana kelajuan yang sedia ada telah dibahagikan dengan lebih ramai orang yang aktif menggunakan sambungan internet.
Had Tersembunyi – Pelan internet anda mungkin ada had kelajuan tersembunyi. Biasanya pelan yang menawarkan pelan unlimited kuota akan datang dengan kelajuan yang dihadkan. Contohnya kelajuan adalah 6 mbps, atau kelajuan akan diperlahankan pada waktu malam atau kelajuan akan dithrottle apabila mengenai had FUP. Jika siang mungkin boleh dapat 20-30 mbps tetapi bila malam boleh jatuh dibawah 10 Mbps. Isu ini bukan lagi isu telefon tetapi plan internet anda sendiri.
KLIK SINI UNTUK BELI SIMKAD HALO TELCO DIRECT DARI HQ
Signal Lemah – Setiap telco mempunyai kekuatan di sesuatu kawasan tertentu sahaja. Contohnya Telco A laju semasa siang dan malam, telco B mungkin laju siang sahaja tetapi slow pada waktu malam, dan telco C signal kuat tetapi kelajuan sangat perlahan. Sekiranya anda duduk dikawasan berkepadatan tinggi, kemungkinan besar anda akan mengalami sambungan internet yang perlahan pada waktu malam kerana ramai pengguna telah pulang kerumah.
Kuantiti Penggunaan Peranti – Apabila sudah ramai pulang kerumah, pasti mereka mempunyai lebih dari satu peranti yang dihubungkan dalam satu masa. Contohnya telefon, TV laptop CCT dan apa-apa IOT Device. Setiap peranti memerlukan kelajuan tersendiri menyebabkan kelajuan yang anda terima setelah dibahagikan, perlu dibahagikan lagi antara peranti.
Katakan telco dapat sediakan 1000 Mbps, kemudian kongsi dengan 100 orang, dan setiap orang dapat 10 Mbps. Kemudian anda pula on 3 device aktif serentak, maka setiap device akan dapat average 3 Mbps sahaja. Ini juga boleh menjadi faktor kenapa sambungan internet anda perlahan semasa malam
Kesimpulan
Saya telah menerangkan kepada anda sebab kenapa internet slow waktu malam. Secara amnya, ianya slow disebabkan ramai pengguna akses kepada rangkaian internet dalam satu masa dan telco perlu bahagikan kelajuan sama rata antara pengguna. Itu sahaja.
Baca lagi : Cara Pilih Pelan EPIK Halo Telco

