Bismillahirrahmnirrahiim
Hari ini saya akan berkongsi tentang cara tutup voice mail Tunetalk. Kepada anda yang memang tidak menggunakan servis ini boleh lah anda tutup kerana servis ini akan dikenakan caj setiap kali penggunaan. Jom kita semak bagaimanakah cara untuk menutup servis ini melalui kod USSD.
Apa itu Voice Mail
Ia adalah satu servis yang mana anda boleh meninggalkan pesanan suara sekiranya panggilan tersebut gagal dihubungkan. Servis ini adalah servis berbayar dan setiap kali anda membuka voice mail anda akan dikenakan caj keatas kredit atau akaun anda. Oleh itu, bagi mengelakkan isu ini berlaku, ramai pengguna akan tutup servis ini.
Cara Tutup Voice Mail Tunetalk.
Berikut adalah cara untuk anda menutup voicemail Tunetalk melalui kod USSD.
Dial *111# dan pilih nombor 4 (Services)

Pilih Nombor 1 (Voice Mail)
KLIK SINI UNTUK BELI SIMKAD HALO TELCO DIRECT DARI HQ

Pilih Nombor 1( To Subscribe atau To Unsubscribe)

Selepas anda berjaya, anda akan menerima SMS pengesahan bahawa service Voicemail telah ditutup.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan tentang cara tuup Voice Mail Tunetalk. Diharap artikel ini dapat memberi manfaat dan menjimatkan kredit anda dari dipotong akibat servis yang jarang anda digunakan. Jika anda ingin gunakan semula servis tersebut, sila lakukan kaedah yang sama dan pilih untuk aktifkan semula servis yang anda ingini.

