Bismillahirrahmanirrahiim
Pernah tak anda menerima satu SMS sekatan dari pihak Tunetalk bahawa nombor anda akan disekat dalam tempoh 24 jam? Mesti anda rasa cuak bukan? Iya lah, nombor penting untuk kegunaan harian tiba-tiba disekat. Hari ini saya akan tunjukkan cara buka sekatan rangkaian Tunetalk. Ianya boleh dilakukan sendiri oleh anda melalui website.
Mengapa Rangkaian Disekat
Sebelum saya terangkan cara buka sekatan rangkaian Tunetalk, anda harus tahu mengapa rangkaian anda disekat. Secara amnya nombor anda akan disekat apabila terdapat kesalahan di dalam dokumen pengenalan diri yang anda imbas. Antara sebab yang biasa menyebabkan nombor anda disekat adalah seperti berikut.
- IC tidak jelas
- IC Fotokopi
- IC menggunakan screen telefon
- IC guna gambar Mr Bean
- IC Crop dari PDF

Untuk elakkan nombor disekat dikemudian hari, pastikan semasa pendaftaran anda imbas dari ID original bukan daripada scan ke dan sebagainya. Perkara ini adalah perkara standard yang dilakukan oleh kesemua telco di Malaysia kerana ia adalah arahan daripada pihak MCMC.
Cara Buka Sekatan Rangkaian Tunetalk.
Dibawah saya akan terangkan bagaimana untuk anda membuka sekatan rangkaian Tunetalk. Sila ikuti langkah dibawah.
KLIK SINI UNTUK BELI SIMKAD HALO TELCO DIRECT DARI HQ
Pertama : Sila klik laman web ini untuk buka sekatan. Klik sini
Kedua : Tukar kategori kepada Line dan Sub Kategori kepada Unbar Line

Ketiga : Pastikan anda upload gambar IC depan, gambar IC belakang, serta Selfie bersama IC hadapan. Semak dahulu gambar yang akan anda hantar supaya jelas dan anda sendiri boleh membaca butiran maklumat didalam gambar yang anda tangkap.

Keempat : Lengkapkan semua kotak yang ada, tick pada Im Not Robot kemudian klik butang Submit.

Maklumat akan dihantar kepada pihak Halo Telco dan pihak email akan semak dan hantarkan permohonan kepada pihak Tunetalk. Proses akan mengambil masa dalam tempoh 24-48 jam. Semak signal anda dari masa kesemasa.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan tentang cara buka sekatan rangkaian Tunetalk. Perkara ini tidak akan terjadi sekiranya anda menggunakan IC asli semasa imbasan. Jika perkara tersebut berlaku, jangan risau, sila lakukan langkah diatas untuk aktifkan semula rangkaian ya? Alhamdulillah.
