Cara Set Auto Renew Dalam Aplikasi Halo Telco

Cara Set Auto Renew Dalam Aplikasi Halo Telco

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya berkesempatan untuk menunjukkan cara set auto renew dalam aplikasi Halo Telco. Jadi, jika anda nak stop auto renew atau nak start auto renew, ianya boleh dilakukan secara mudah melalui aplikasi sahaja. Contohnya, anda ingin tukar pelan lain , anda boleh stop auto renew supaya kredit yang anda ada tidak digunakan untuk membeli pelan semasa jika tamat tempoh.

Cara Set Auto Renew Dalam Aplikasi Halo Telco

Dibawah adalah cara bagaimana untuk anda Cara Set Auto Renew Dalam Aplikasi Halo Telco. Tidak kisahlah sama ada anda ingin set auto renew atau disable auto renew, ia boleh dilakukan di dalam aplikasi.

Pertama – Login ke dalam aplikasi, klik Home dan klik View Active Plans

Kedua – Klik pada Slider sama ada ingin auto renew atau tidak. Jika butang berwarna hijau, ia bermaksud auto renew sedang aktif manakala jika kelabu ia bermakna auto renew tidak aktif.

Ketiga – Tekan butang Proceed

Keempat – Masukkan nombor pin dan berjaya. Pilihan anda akan dikemaskini dalam tempoh 1-3 minit. Anda juga akan menerima SMS penegsahan bahawa permohonan anda sudah berjaya.

Kesimpulan

Saya sudah menerangkan tentang Cara Set Auto Renew Dalam Aplikasi Halo Telco. Bagi saya cara yang paling selamat adalah tidak top up atau mempunyai baki kredit yang tidak mencukupi untuk auto renew. Mengapa? Kerana saya ingin mengelakkan isu sistem bug yang berlaku. Apabila kredit tidak mencukupi plan tersebut tidak dapat dilanggan semula dan ianya harus dilanggan secara manual.

Alhamdulillah

Cara Transfer Coin dan Komisen dalam Aplikasi Halogo Lifestyle

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *