Permohonan MNP Ditolak Dibawah Kod SP10

Permohonan MNP Ditolak Dibawah Kod SP10

Bismillahirrahamnirrahiim

Hari ini saya berkesempatan untuk menulis berkenaan dengan permohonan MNP ditolak dibawah kod SP10. Pada zaman ini, proses MNP sudah menjadi kebiasaan bagi pengguna nombor telefon bimbit. Mereka kini mempunyai kebebasan untuk menggunakan nombor yang sama tetapi pada telco yang berlainan. Namun, jika isu diatas berlaku, apa yang perlu anda lakukan?

Maksud Kod SP 10

Sekiranya anda ditolak dibawah kod SP10 ia menyatakan bahawa terdapat kesalahan info pada IC anda. Berikut adalah maklumat yang perlu disemak.

  1. Ejaan Nama
  2. Nombor IC
  3. Jenis Kad Pengenalan Baru/Lama

Langkah Yang Perlu Dilakukan

Selepas anda sedar permohonan MNP ditolak dibawah kod SP10, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk menyelesaikan isu ini.

  1. Semak pada telco baru yang anda ingin Port In adakah semua maklumat ejaan nama , nombor IC dan jenis kad pengenalan itu tepat atau tidak.
  2. Semak pula bersama dengan telco lama semua maklumat diatas, jika ada kesalahan lakukan pembetulan
  3. Semak siapakah sebenarnya pemilik sah nombor tersebut. Boleh jadi anda menghantar permohonan dibawah nama anda tetapi pemilik sah nombor itu mungkin nama pasangan anda, ibu atau ayah anda.

Sekiranya perkara nombor 3 berlaku, anda mempunyai dua pilihan untuk menyelesaikan isu tersebut.

  1. Tukar semula proses permohonan Port In menggunakan nama yang sama dengan nama pemilik sah nombor
  2. Berkunjung ke service center telco terbabit dan lakukan proses pertukaran hak milik.

Secara amnya, kaedah nombor satu adalah paling mudah. Tetapi jika anda concern dengan isu hak milik, lebih baik anda gunakan nombor dua. Jika terdapat apa-apa isu, biasanya pemilik asal sahaja yang boleh mengakses maklumat akaun tersebut.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang apa yang perlu anda lakukan jika permohonan MNP ditolak dibawah kod SP10. Jangan risau, benda ini adalah benda yang biasa berlaku semasa proses MNP dijalankan. Ikuti langkah yang diberikan diatas dan diharap anda berjaya menukar nombor anda dari satu telco ke satu telco. Selamat Hari Raya Korban.

Alhamdulillah

Cara Semak Nombor PIN Prepaid di Halo Telco

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *