Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya berpeluang untuk menerangkan tentang perkara yang perlu disemak semasa ikat kontrak telefon. Anda boleh lihat bermacam-macam tawaran plan data internet yang dihadirkan bersama dengan kontrak telefon. Namun, mungkin anda tidak tahu apa yang perlu anda semak sebelum ikat kontrak bukan? Mari saya kongsikan bersama dengan anda.
Perkara Yang Perlu Disemak Semasa Ikat Kontrak Telefon
PERTAMA : Sila ujicuba dahulu rangkaian di kawasan yang kerap anda berada. Contohnya di rumah dan di tempat kerja. Jika kedua-dua tempat ini mampu memberikan data kelajuan yang stabil, barulah ianya berbaloi untuk anda mengambil plan tersebut.
KEDUA : Semak berapa lama kontrak akan diikat. Biasanya ia akan hadir selama 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan. Semakin lama kontrak anda, maka semakin murah harga telefon tersebut jika dibandingkan dengan pasaran. Terpulang kepada anda untuk ikat berapa tahun.
KETIGA : Bandingkan harga RRP dengan harga ikat kontrak. Contohnya, jika Iphone berharga RM 5000, tetapi dengan mengikat kontrak, apabila tamat tempoh anda hanya membayar RM 3500 sahaja. Diskaun sehingga RM 1500 adalah sangat berbaloi untuk anda ambil. Jika perbezaan hanya sekitar 10% kebawah dari harga RRP, mungkin anda boleh abaikan.
KEEMPAT : Semak plan yang ditawarkan. Adakah kuota yang diberikan mencukupi atau terlalu besar. Pilih data plan berdasarkan kepada penggunaan anda. Tidak berbaloi untuk anda mengambil plan yang mahal dengan kuo;ta sehingga 500 GB tetapi anda hanya gunakan 50-60 GB sahaja setiap bulan.
TERAKHIR : Semak kos penamatan kontrak dan juga caj-caj tambahan. Adakah bayaran bulanan tersebut masih belum termasuk kepada caj lain seperti insurans dan sebagainya. Bagi kontrak pula, sekiranya anda ingin menamatkan kontrak lebih awal, anda bakal dikenakan penalti yang mana anda perlu bayar dengan harga RRP, bukan harga diskaun.
Contohnya, anda beli Iphone RRP RM 5000, harga diskaun RM 3500 dan ikat kontrak 24 bulan. Selepas 12 bulan, anda telah membayar sebanyak RM 1750 dan mahu menamatkan kontrak awal. Jadi, penalti yang dikenakan adalah bayaran baki ditolak dari RRP RM 5000, bukan dari RM 3500. Anda perlu bayar sekitar RM 3250 untuk menyelesaikan baki kontrak Iphone anda.
Kesimpulan
Pelan dengan telefon sangat menarik bagi mereka yang tidak mempunyai apa-apa peranti ataupun ingin upgrade peranti kepada telefon 5G. Kini anda boleh lihat banyak telco yang menawarkan pelan telefon percuma tanpa perlu bayar apa-apa. Namun, apa-apa pun sila semak dahulu kontrak sebelum sign ya? Sekian terima kasih.
Alhamdulillah


