Masalah Kenapa SMS Tidak Boleh Hantar

Bismillahirrahmanirrahiim

Pernah tak terjadi pada anda bila nak cuba hantar SMS, penghantaran teresebut gagal. Anda mula pelik kenapa SMS tidak boleh hantar ke nombor yang anda inginkan. Bila semak di dalam aplikasi mesej, terdapat tanda excalamation mark “!” menyatakan bahawa proses penghantaran SMS tersebut gagal. Artikel kali ini akan mengupas isu tersebut.

Punca Kenapa SMS Tidak Boleh Hantar Beserta Penyelesaiannya

Terdapat banyak sebab masalah ini berlaku. Pertama anda kena semak dahulu adakah akaun anda masih hidup atau telah mati. Jika sudah mati, anda harus berhubung dengan pihak telco anda untuk mengaktifkan semula nombor yang telah mati. Bagi pengguna Halo Telco, jika nombor tersebut mati dan masih dalam tempoh 45 hari dari tarikh tamat tempoh, nombor masih lagi boleh diaktifkan. Sila klik sini untuk aktifkan semula nombor anda : Aktifkan Nombor Mati.

Kedua, semak adakah anda mempunyai baki kredit yang mencukupi ataupun plan anda menyokong untuk penghantaran SMS percuma. Amnya, kos untuk satu SMS di Malaysia sekitar RM 0.15-RM 0.12. Halo Telco pula hanya caj RM 0.12 sen sahaja untuk ke semua rangkaian. Oleh itu, anda kena pastikan baki kredit anda mencukupi. Jika tidak cukup mudah sahaja, anda cuma perlu reload.

Ketiga, semak sama ada akaun anda dalam status Aktif atau Pasif. Jika akaun anda pasif, walaupun anda ada baki kredit yang mencukupi seperti RM 20 contohnya, anda tetap tidak boleh hantar SMS tersebut. Oleh itu, anda harus aktifkan dahulu nombor tersebut sama ada melalui topup ataupun membeli credit validity extension. Di Halo Telco kami menawarkan validity extension selama satu tahun dengan hanya RM 35 sahaja.

Keempat, semak sama ada anda telahpun melakukan tetapan untuk nombor SMSC untuk telco-telco anda. Sekiranya nombor SMSC anda salah, maka anda tidak boleh menghantar dan juga menerima SMS untuk simkad tersebut. Sila rujuk kepada telco anda untuk ketahui apakah nombor SMSC yang perlu anda gunakan. Klik sini untuk semak bagaimana untuk melakukan tetapan nombor SMSC di android. Sila semak cara setting smsc android.

Kelima, semak dahulu sama ada anda secara tidak sengaja ter block mana-mana contact number. Jika anda block sesuatu nombor, anda tidak akan dapat menerima SMS dan juga panggilan daripada nombor tersebut. Sila godek-godek handphone anda untuk memastikan sama ada anda ada lakukan block number ataupun tidak.

Keenam, mungkin inbox anda telah penuh menyebabkan SMS yang hendak dihantar tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, anda delete mesej-mesej lama kemudian cuba hantarkan sekali lagi SMS yang anda inginkan. Anda boleh delete kesemua mesej lama ataupun delete sebahagian sahaja asalkan ada ruangan yang boleh menerima atau menghantar SMS baru.

Ketujuh, jika itu adalah isu network, sila lakukan basic troubleshooting iaitu restart phone, aktif/nyahaktif mod pesawat dan keluar dan masukkan simkad. Secara amnya kaedah ini akan reset semua bug atau old cache phone anda dan setting phone akan kembali kepada asal. Setelah anda sahkan signal sudah ada semula di dalam phone tersebut, sila cuba untuk hantar SMS seperti biasa.

Contoh Airplane Mode yang boleh digunakan untuk reset semula signal dalam phone.

Kelapan, jika masalah kenapa SMS tidak boleh hantar masih lagi berlaku, cuba tukar kepada phone lain pula. Kadang-kadang masalah peranti itu sendiri yang kita tak tahu apa yang berlaku. Oleh itu cara paling mudah adalah tukar dahulu kepada phone lain. Jika masalah tersebut selesai, anda tahulah bahawa ia adalah masalah peranti.

Kesembilan, masalah masih tidak dapat diselesaikan, jalan terakhir adalah untuk anda lakukan laporan kepada pihak Telco. Bagi pengguna Halo Telco, mana-mana isu teknikal akan mengambil masa dalam tempoh 3-5 hari waktu bekerja. Pihak teknikal biasanya akan menyemak network disruption dikawasan tersebut dan cuba semak sama ada apa-apa isu yang bersangkutan dengan menara telekomunikasi dikawasan anda.

Terakhir, jika anda sudah lakukan semua perkara diatas, tetapi masalah kenapa SMS tidak boleh hantar masih lagi berlaku, anda tukar sahaja simkad anda. Langkah ini adalah langkah terakhir kerana ianya melibatkan kos untuk pembelian simkad. Oleh itu, anda harus cuba dahulu semua langkah percuma sebelum tukar simkad anda.

Kesimpulan

Masalah kenapa SMS tidak boleh hantar biasanya akan melibatkan tiga elemen iaitu peranti, simkad dan juga rangkaian. Oleh itu, langkah-langkah diatas mencakupi semua ketiga-tiga elemen tersebut untuk menyelesaikan masalah ini yang sedang berlaku dalam peranti anda. Semoga ianya berjaya selesaikan isu tersebut.

Alhamdulillah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *