Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang cara nak tahu orang block nombor telefon kita. Apabila nombor anda telah di block oleh seseorang, anda tidak akan dapat menghubungi mereka dan juga tidak boleh menghantar SMS kepada mereka. Benda ini mungkin boleh berlaku tanpa sengaja atau sengaja. Jom baca lebih lanjut.
Cara Nak Tahu Orang Block Nombor Telefon Kita
Pertama, anda boleh hubungi semua nombor telefon yang lain, tetapi hanya satu nombor sahaja yang tidak boleh dihubungi. Walaupun anda sudah mencuba berkali-kali dan sudah mendapatkan signal rangkaian yang baik, tetap tidak dapat menghubungi pemilik nombor tersebut.
Kedua, apabila anda hubungi nombor tersebut, nombor akan berdering sekitar 1-2 kali sahaja kemudian terus dipadankan kepada Voicemail sekiranya pemilik nombor ada mengaktifkan voicemail. Mungkin anda boleh meninggalkan mesej tersebut untuk bertanyakan masalah tersebut kepada pemilik.
Ketiga, apabila anda cuba hubungi nombor tersebut menggunakan nombor lain dan boleh dengar deringan seperti biasa, ia adalah salah satu cara nak tahu orang block nombor telefon kita. Oleh itu anda sendiri boleh faham bahawa nombor anda telahpun di block oleh penerima. Jika anda hantar SMS, SMS tersebut biasanya akan failed atau jika tidak failed, tiada notifikasi atau icon yang menunjukkan SMS telah dihantar.
KLIK SINI UNTUK BELI SIMKAD HALO TELCO DIRECT DARI HQ

Punca Kenapa Orang Block Nombor Telefon
Selain ketahui cara nak tahu orang block nombor telefon kita, anda juga harus ambil maklum mengapa orang lain block nombor seseorang. Biasanya adalah masalah konflik peribadi. Bila ada sahaja masalah antara manusia dan salah satu parti tidak mahu berhubung lagi dengan orang yang terlibat, maka block sahaja nombor telefon tersebut.
Kedua, kebanyakan orang block nombor telefon adalah disebabkan spam call dari orang yang tidak dikenali. Secara amnya, telemarketing masih lagi aktif di Malaysia. Ada dari bank, ada dari pihak insurans, ada dari pihak scammer. Oleh itu, untuk mengelakkan masalah seperti ini, mereka akan terus block nombor tersebut.
Terakhir, mungkin pengguna tersebut tersilap tekan atau set. Biasalah, telefon sekarang sudah canggih, mungkin ada anak-anak mereka ingin bermain games, tetapi tersilap tekan butang-butang yang tidak diingini dan secara tidak sengaja terblock nombor anda.
Kesimpulan
Saya telah terangkan tentang cara nak tahu orang block nombor telefon kita. Secara amnya, tiada pendekatan teknikal yang boleh dilakukan untuk unblock semula nombor tersebut. Apa yang boleh anda lakukan adalah berhubung semula dengan pihak penerima dan dapatkan penjelasan dari mereka. Jika memang ada masalah peribadi, berbincanglah untuk penyelesaiannya ya?
Alhamdulillah

