Cara Hidupkan Nombor Umobile Yang Mati

Bismillahirrahmanirrahiim

Artikel kali ini saya akan terangkan dengan lebih lanjut bagaimana cara hidupkan nombor Umobile yang mati. Ya, nombor telefon sekarang adalah antara perkara penting dalam urusan seharian kita. Kebanyakan urusan perbankan banyak pakai OTP, nak login Shopee pun pakai nombor telefon. Malah, bagi orang bisnes, nombor telefon ibarat nyawa untuk mereka.

Perkara Yang Berlaku Sebelum Nombor Mati

Sebelum sesuatu nombor ditamatkan perkhidmatan, pihak Umobile akan menghantar SMS peringatan 7 hari sebelum dan 1 hari sebelum penamatan. Bagi pengguna prepaid, anda harus lakukan top up sahaja manakala untuk pengguna postpaid, anda harus bayar semua hutang yang tertunggak. Namun, jika anda masih terlupa nombor tersebut akan ditamatkan perkhidmatan.

Apa yang berlaku selepas nombor tamat tempoh. Biasanya nombor tersebut akan dikitar semula secepat mungkin. Sama ada dalam bentuk simkad ataupun jual semula ketika orang memilih nombor untuk postpaid. Lagi-lagi nombor yang bermula dengan 3 digit iaitu 018, nombor jenis inilah yang paling cepat dikitar semula.

Cara Hidupkan Nombor Umobile Yang Mati

Pertama, jangan sesekali hubungi pihak khidmat pelanggan mereka. Mati-mati mereka akan beritahu nombor tersebut tidak dapat diaktfikan semula. Jika anda ingin hubungi mereka, hanya perlu sahkan dahulu bila nombor ini telah mati dan sudah ada pemilik baru atau tidak. Jika tempoh nombor mati itu masih lagi dalam 30 hari dari tarikh, dan masih tiada pemilik baru, anda mempunyai peluang yang tinggi untuk dapatkan nombor tersebut. Tapi jangan nyatakan hasrat anda melalui pusat khidmat pelanggan.

Kedua, setelah anda tahu nombor tersebut tamat tempoh kurang dari 30 hari dan tiada lagi pengguna baru, anda boleh terus pergi ke Service Center yang berdekatan. Umobile mempunyai tiga jenis kedai iaitu normal dealer, premier dealer dan Service Center. Urusan pengaktifan nombor hanya boleh dilakukan di SERVICE CENTER SAHAJA. Sila layari link ini untuk dapatkan senarai service center yang ada.

Umobile Service Center di Berjaya Time Square, Kredit to Technave

Ketiga, semasa di Service Center, beritahu mereka bahawa anda ingin aktifkan nombor umobile yang mati. Staff akan semak dahulu adakah anda ada blacklist dengan telco atau tidak. Jika ada, minta maaf anda tidak boleh teruskan. Anda harus clearkan nama anda dari blacklist terlebih dahulu. Seterusnya mereka akan semak nombor tersebut masih ada atau tidak. Tips yang saya berikan sebelum ini hanyalah untuk menjangka peluang untuk dapatkan nombor tersebut sahaja. Untuk yang final, memang staff yang perlu semak dalam sistem.

Keempat, setelah semakan mendapati nombor masih ada, staff akan tawarkan kepada anda untuk pengaktifan. Namun, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

  1. Pengaktifan hanya boleh dilakukan oleh pemilik berdaftar sahaja. Tidak boleh orang ketiga.
  2. Jika anda prepaid, anda harus upgrade kepada postpaid.
  3. Jika anda postpaid, anda harus upgrade plan yang lebih mahal.
  4. Semua kelayakan handphone, baki prepaid terdahulu akan burned, dan anda akan start fresh
  5. Biasanya anda harus gunakan selama 3 bulan, baru boleh downgrade plan atau tukar semula kepada prepaid.

Kos yang dikenakan biasanya adalah kos simkad sebanyak RM 10 dan juga advance payment berdasarkan plan yang anda gunakan. Contohnya UP 38, advance payment adalah RM 38, UP 68, RM 68 dan UP98, harganya RM 98. Selepas itu, anda akan dapat simkad baru dan boleh gunakan nombor tersebut seperti biasa.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan tentang cara hidupkan nombor Umobile yang mati. Namun, ini bukanlah panduan yang solid. Ia berdasarkan kepada pengalaman pengguna lain dan juga pengalaman saya sebagai Customer Service Executive semasa di Umobile. SOP syarikat mungkin akan berubah-ubah. Sila rujuk kepada pusat khidmat pelanggan mereka untuk info lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *