Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya berkesempatan untuk menulis tentang cara check telefon telco sebelum anda membeli. Maklumat ini sangat penting kepada mereka yang ingin membeli handphone second hand. Lagi-lagi bila tawarannya agak murah sehingga tidak masuk akal. Jom kita baca lebih lanjut berkenaan topik yang akan dibincangkan.
Apa itu Telco Set
Telco set adalah merupakan telefon yang dijual bersama dengan plan-plan internet daripada telco kepada pengguna. Ianya adalah satu kaedah marketing untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk berdaftar dibawah sesuatu telco. Biasanya harga yang ditawarkan adalah lebih murah dari pasaran atau langsung tiada bayaran langsung asalkan anda mengikuti terma dan syarat yang ditetapkan.
Keburukan Telco Set
Sebelum saya ulas tentang cara check telefon telco, pasti perkara ini datang bersama dengan keburukan. Ia sebenarnya bukanlah keburukan, namun lebih kepada satu mekanisme untuk memastikan bahawa pelanggan terus mengikuti terma dan syarat dan jika ingin menghentikan contract tersebut, harus membayar penalti yang telah dimaklumkan.
Namun, terdapat segelintir pelanggan yang tidak bertanggungjawab telahpun menjual semula dengan harga yang rendah membuatkan ramai yang tertarik untuk membeli. Bayangkan, pelanggan mendapat telefon tersebut secara percuma dan tidak mahu lagi melanggan pelan tersebut dan tidak mahu membayar penalti, maka mereka akan menjual telefon tersebut dipasaran.
Kepada pembeli yang bernasib malang, telefon telco set tersebut akan terus di lock selepas tiada bayaran bil dilakukan. Malah jika nombor telah ditamatkan perkhidmatan, telefon tersebut hanya boleh dibuka dengan membayar penalti yang mana langsung tidak berbaloi untuk pembeli yang bernasib malang itu teruskan.
Mekanisme kawalan Telco Set adalah seperti berikut.
- IMEI Lock : Simcard yang anda masukkan tidak akan dikesan. Anda masih boleh gunakan Wifi sahaja untuk sambungan internet
- SIM Lock : Hanya satu jenis simkad iaitu dari telco yang menyediakan telefon tersebut sahaja yang boleh digunakan.
- Phone Lock : Telefon akan dikunci secara total. Anda langsung tidak boleh menggunakannya
Cara Check Telefon Telco
Nah, kali ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana cara check telefon telco. Ianya penting supaya anda tidak akan terkena masalah handphone kena lock selepas 2 atau 3 bulan anda membeli. Sila ikuti langkah-langkah dibawah untuk pastikan telefon yang anda ingin beli adalah bukan dari telco set.
KLIK SINI UNTUK BELI SIMKAD HALO TELCO DIRECT DARI HQ
Tanya Terus – Anda boleh tanya terus kepada penjual. Penjual yang jujur akan terus memberitahu anda sekiranya ianya adalah telco set. Anda juga boleh mohon untuk semak resit pembelian jika ingin teruskan pembelian namun kaedah minta resit ini kurang praktikal kerana tak ramai pengguna akan simpan resit dalam tempoh yang lama. Namun, jika penjual menyatakan bahawa contract tersebut tamat tempoh, boleh mohon untuk pelanggan lakukan panggilan ke servis center telco tersebut dan sahkan telefon tersebut sudah tamat contract.
Semak Aplikasi Telco – Anda boleh cuba untuk mohon penjual reset phone terlebih dahulu, Kemudian selepas set up anda semak sama ada terdapat pre-installed aplikasi telco tersebut atau tidak contohnya Celcom, Digi Umobile atau Maxis. Jika ada, ia bermaksud telefon tersebut merupakan telco set.

Semak Version – Anda boleh semak sama ada ianya adalah telco set ataupun tidak. Anda boleh semak di bahagian setting dan cuba cari About Phone. Semak pada bahagian Version. Jika di dalam Version tersebut terdapat nama telco seperti Digi atau Maxis, maka telefon tersebut adalah telco set.

Semak Kotak – Jika penjual menjual sekali dengan kotak, anda boleh semak pada bahagian kotak tersebut. Biasanya jika telefon adalah telco set, anda akan menjumpai logo telco tersebut. Dari situ anda boleh syak telefon tersebut adalah daripada berasal daripada telco apa.
Kesimpulan
Saya telah terangkan tentang cara check telefon telco sebelum anda membeli apa-apa handphone second hand. Jangan percaya bulat-bulat dengan apa yang diberitahu oleh pihak penjual apabila harga yang anda ingin beli terlampau murah. Contohnya harga pasaran adalah RM 800 dan ada pihak sanggup jual dengan harga RM 200 sahaja walaupun model tersebut kurang dari 2 tahun. Dari situ anda boleh mengagak ianya adalah telco set.

