Bismillahirrahmanirrahiim
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan untuk menulis berkenaan dengan cara cek lokasi 5G di Malaysia. Buat masa ini, capaian 5G masih belum berkembang dengan pesat namun dari tahun ke tahun, saya menyaksikan capaian tersebut semakin lama semakin meluas di kebanyakan tempat. Jom tengok bagaimana untuk semak kawasan anda sama ada terdapat capaian atau tidak.
Cara Cek Lokasi 5G
Secara amnya, jika anda tengok secara visual pada bumbung atau bangunan yang tinggi sekitar 4 ke 5 tingkat, anda akan nampak satu batang besi yang penuh dengan antena. Oleh itu anda tahu bahawa kawasan tersebut mempunyai rangkaian 5G. Setiap antena mampu meliputi sekitar 500 meter sehingga 1 km sahaja. Sebab itulah anda lihat antena 5G ini rapat-rapat. Depan bangunan sedikit, pasti akan ada lagi antena 5G.
Pengelola 5G buat masa ini adalah Digital Nasional Berhad. Oleh itu, jika anda tidak mempunyai rangkaian 5G, semua telco akan merujuk masalah anda kepada pihak DNB. Mereka lah yang akan menyelesaikan isu tersebut sehingga anda mendapat semula jaringan seperti biasa. Dibawah adalah kaedah bagaimana anda ingin cek lokasi 5G di Malaysia.
Pertama – Buka Laman web ini DNB Coverage Map dan skrol sehingga bahagian Map. Ini adalah langkah cara cek lokasi 5G yang pertama.
KLIK SINI UNTUK BELI SIMKAD HALO TELCO DIRECT DARI HQ

Kedua – Masukkan alamat penuh kawasan anda. Jika tidak jumpa mungkin boleh gunakan landmark berdekatan dan cuba adjust ikut kesesuaian. Contoh landmark paling mudah adalah nama masjid, sekolah atau pejabat kerajaan.

Ketiga : Anda lihat sekiranya kawasan anda berada di dalam lingkungan berwarna merah jambu, ia bermaksud anda mempunyai rangkaian 5G. Manakala jika berwarna putih, ia bermaksud tiada rangkaian 5G.
Kesimpulan
Saya sudah menerangkan tentang cara cek lokasi 5G di Malaysia. Jika anda punya kawasan memang ada 5G cuma alamat anda berada di dalam kawasan putih, maaf, memang tiada rangkaian tersebut buat anda. Jika anda lakukan laporan sekalipun, ia tetap akan mengambil masa yang sangat lama kerana pemasangan antena 5G melibat kos dan prosedur yang rumit.
Terima kasih kerana membaca.

