Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi dengan anda cara beli game di Google Play store hanya menggunakan kredit top up. Cara ini lebih selamat kerana pemotongan hanya maksimum kepada berapa ringgit yang anda reload sahaja, bukan seperti pembelian melalui kredit kad atau akaun bank yang mana mungkin anda akan terpotong lebih dari yang sepatutnya.
Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Game di Google Play Store
Terdapat beberapa syarat yang perlu anda tahu sebelum anda ingin membeli game menggunakan kredit Tunetalk Halo Telco.
- Nombor Tunetalk anda harus aktif, barulah anda boleh menggunakan kredit untuk beli games.
- Anda mempunyai kredit yang mencukupi untuk beli aplikasi yang diingini.
- Anda sudah set kaedah pembayaran menggunakan nombor telefon Tunetalk Halo Telco di Google Playstore
- Maksimum pembelian dalam sebulan adalah RM 200, untuk harian pula adalah RM 100. Selepas had tersebut anda harus gunakan kaedah pembayaran yang lain.
Cara Beli Game di Google Play Store Dengan Tunetalk
Pertama, anda harus set dahulu kaedah pembayaran menggunakan nombor telefon Tunetalk. Mudah sahaja, mari saya tunjuk.
KLIK SINI UNTUK BELI SIMKAD HALO TELCO DIRECT DARI HQ
- Buka Google Playstore dan klik ikon Profile di penjuru sebelah kanan.
- Pilih Payment and Subscription
- Pilih Payment Method
- Pilih Tunetalk Billing (Untuk kes ini saya gunakan Umobile sebab handphone nombor Tunetalk saya tengah caj) dan tekan Enable
- Anda akan lihat nombor telefon anda tertera di bahagian atas sekali untuk mengesahkan tetapan telah berjaya.
- Kemudian masukkan Password Email sebagai pengesahan.







Saya sarankan untuk anda enable Password Protection supaya anda tidak tersalah beli ataupun jika anak-anak anda yang suka tekan-tekan handphone anda juga tidak dapat beli aplikasi yang diingini. Malah sekiranya anda tersilap beli sekalipun, anda ada tempoh 2 jam untuk dapatkan refund semula dari Google Playstore.
Kesimpulan
Saya telah menunjukkan Cara Beli Game di Google Play Store yang mana ianya adalah alternatif kepada anda yang tidak suka link kan akaun bank anda dengan platform-platform third party. Diharap perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada anda. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.
Alhamdulillah

