Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan menerangkan tentang apa itu SOS Top Up. Sebelum itu, pernah tak anda lalui masalah untuk menggunakan servis panggilan atau nak hantar SMS tetapi baki tidak mencukupi? Anda terpaksa meminjam phone orang lain untuk lakukan panggilan betul tak? Oleh itu kebanyakan telco telah menyediakan khidmat ini untuk memastikan anda sentiasa boleh berhubung bila-bila masa sahaja.
Apa itu SOS Top Up
SOS Top Up adalah satu perkhidmatan yang mana anda boleh menerima kredit terlebih dahulu daripada pihak telco tanpa melakukan apa-apa reload. Kebiasaanya mereka yang melakukan SOS Top UP adalah mereka yang berada di dalam kecemasan seperti kereta rosak di tepi jalan, ataupun kedai topup terlampau jauh dari rumah. Selari dengan namanya SOS Top Up, ianya bertujuan untuk hal kecemasan sahaja. Nama lain sebelum SOS Top Up adalah Advance Credit.
Perkara Lain Anda Perlu Tahu Tentang SOS Top Up
Selain anda tahu apa itu SOS Top Up anda juga harus tahu perkara-perkara lain yang melibatkan perkhidmatan ini. Kelayakan untuk menggunakan servis ini bergantung kepada pihak Telco masing-masing. Ada yang menetapkan syarat harus menggunakan nombor tersebut 3 sehingga 6 bulan baru boleh melanggan servis ini dan ada juga yang tidak mengenakan apa-apa syarat untuk SOS Top Up.
Seterusnya, langganan SOS Top Up ini mempunyai caj perkhidmatan yang perlu dibayar, bergantung kepada telco masing-masing. Contohnya anda pinjam sebanyak RM 5, caj perkhidmatan yang dikenakan adalah sebanyak RM 0.50. Oleh itu, semasa anda ingin buat pembayaran, jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 5.50.

Pembayaran SOS Top Up adalah melalui top up juga. Contohnya anda sudah buat pinjaman sebanyak RM 5 dan jumlah bayaran yang perlu dilakukan beserta dengan caj perkhidmatan adalah RM 5.50. Jika anda top up sebanyak RM 10, anda hanya akan menerima RM 4.50 sahaja setelah ditolak baki pinjaman SOS Top up tersebut.
Sekiranya anda ingin Port Out ke telco lain dan didapati anda masih lagi ada SOS Top Up yang belum dibayar, permohonan Port Out tersebut akan gagal. Anda tetap perlu reload dan bayar amaun SOS Top UP tersebut untuk melangsaikan hutang terlebih dahulu. Jika sudah selesai, barulah pihak telco akan melepaskan nombor anda ke telco yang lain.
Credit Validity selalunya berbeza dengan Top Up biasa. Contohnya, jika anda top up RM 5, anda akan mendapat tempoh aktif selama 5 hari. Namun untuk SOS Top Up tempoh sah selalunya lebih pendek. Katakan kita masih gunakan contoh yang sama, SOS Top UP RM 5 hanya memberikan anda tempoh aktif selama 3 hari sahaja.
Selain itu, penggunaan kredit SOS Top Up agak terhad. Contohnya, ia terhad untuk penggunaan pembelian plan, panggilan dan SMS sahaja, tetapi anda tidak boleh gunakan untuk pembayaran servis Direct Carrier Billing seperti Netflix. Sila rujuk kepada telco masing-masing terhadap limitasi penggunaan kredit SOS.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan kepada anda apa itu SOS Top Up. Ianya sangat sesuai untuk digunakan semasa anda betul-betul dalam kecemasan. Jika tidak, sila jangan gunakan servis ini kerana caj perkhidmatan yang dikenakan kepada anda. Untuk pengguna Tunetalk Halo Telco, mohon maaf servis ini tidak disediakan kepada anda semua.