Bismillahirrahmanirrahiim
Kini dunia sudah melangkah ke era digital yang lebih rancak. Jika dahulu pelanggan harus pergi ke kedai secara fizikal untuk mendapatkan sekeping simkad. Namun kini, simkad boleh dibeli hanya melalui hujung jari. Dengan strategi pemasaran online yang tepat, anda sebagai dealer boleh menjana jualan yang konsisten tanpa perlu pening kepala dengan kos operasi yang tinggi.
Artikel ini akan bantu anda tentang Strategi Jualan Simkad Secara Online yang boleh anda praktiskan untuk mempromosikan sim anda.
Strategi Jualan Simkad Secara Online
Pertama – Anda perlu pilih platform jualan online yang betul. Sekarang anda nampak banyak platform social media yang boleh anda gunakan untuk penjualan anda. Berikut adalah senarai platform yang ada.
- Whatsapp Business – Anda boleh set katalog dan auto reply sekiranya pelanggan berhubung dengan anda.
- Facebook Page & Marketplace – Anda boleh pasarkan sim anda di Marketplace tanpa apa-apa kos yang terlibat.
- TikTok – Apps ini kini menjadi kegilaan dunia digital. Anda boleh gunakan platform live untuk lakukan jualan.
- Instagram – Apps ini lebih kepada gambar, story dan reel. Masukkan lebih banyak video pendek untuk engagement yang akan bertukar kepada trust.
- Website – Jika anda memang serius, dapatkan satu website sebagai base anda. Kerana website 100% dibawah kawalan anda.
Untuk permulaan, anda boleh bermula dengan Tiktok dan juga Facebook untuk lakukan promosi jualan.
Kedua – Lengkapkan semua profile social media yang anda cipta. Ini akan meningkatkan kepercayaan pembeli dan mereka tahu siapa anda dan apa yang anda sedang ingin jual. Anda boleh letakkan maklumat seperti gambar sendiri, nama, lokasi anda beroperasi dan nombor Whatsapp yang boleh dihubungi. Selain itu, selitkan juga testimoni pengguna, gambar simkad yang ingin dijual supaya orang boleh tahu apakah produk yang bakal diperolehi selepas pembelian.
KLIK SINI UNTUK BELI SIMKAD HALO TELCO DIRECT DARI HQ
Ketiga – Posting yang konsisten. Selepas anda set profile social media anda, kini tugas anda adalah untuk terus lakukan posting. Tidak kira sama ada text atau video, yang penting posting. Anda boleh lakukan berbagai jenis content sama ada informational content ataupun hardsell content. Dengan percampuran antara soft sell dan hardsell ia akan bantu untuk menaikkan jualan sim anda.
Keempat – Reka satu flow logistik yang efektif. Bermula dari bayaran diterima, penghantaran sehingga pengesahan sim telah dihantar ke pelanggan, semuanya perlu di rekodkan. Pastikan proses ini mudah supaya pelanggan tidak lari disebabkan cara pembelian yang rumit dan tidak selamat. Anda boleh tawarkan lebih banyak pilihan pembayaran untuk meningkatkan minat pelanggan untuk membeli.
Kelima – Jangan lupa untuk follow up pelanggan untuk lakukan pendaftaran. Kadang-kadang pelanggan menghadapi masalah semasa pendaftaran dan mereka terus lupa untuk teruskan. Dengan follow up, anda tahu isu yang mereka hadapi, bantu mereka dan akhirnya mereka boleh menggunakan servis yang ditawarkan. Anda akan nampak berkredibiliti di mata pelanggan kerana anda yang mula berhubung dengan mereka untuk menawarkan bantuan.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan kepada anda berkenaan dengan Strategi Jualan Simkad Secara Online Untuk Dealer. Jualan secara online ini memang memerlukan antara trust, quality content and good management. Pada mulanya anda tidak akan dikenali kerana ramai dealer lakukan perkara yang sama. Namun dengan konsistensi yang ditunjukkan, sedikit demi sedikit anda akan lihat jualan akan berlaku. Inshaa ALLAH.
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi dealer Halo Telco dibawah bimbingan saya, sila klik ikon whatsapp yang dipaparkan ya?

