Pelan Internet Murah RM 50 Dengan Hotspot Penuh

Pelan Internet Murah RM 50 Dengan Hotspot Penuh

Bismillahirrahmanirrahiim

Adakah anda pening kepala nak cari plan internet yang murah tapi boleh bagi hotspot yang penuh? Anda banyak jumpa pelan RM 50 kebawah tapi data hotspot alahai sikitnya. Nak setup masuk dalam router pun malas, tak ada kick. Jangan risau artikel kali ini akan bantu anda untuk tahu Pelan Internet Murah RM 50 Dengan Hotspot Penuh. Jom baca sampai habis.

EPIK 50

Berikut adalah spesifikasi berkenaan dengan pelan EPIK 50

  1. Harga : RM 50
  2. Data Kuota : 350 GB
  3. Hotspot : Menggunakan Data Kuota Utama
  4. Kelajuan : 4G / 5G No Speed Cap
  5. Panggilan : Percuma ke seluruh rangkaian mudah alih
  6. Tempoh aktif : 30 Hari

EPIK 50 – Pelan Internet Murah RM 50 Dengan Hotspot Penuh – Mengapa?

Mengapa saya sangat menyarankan kepada anda untuk dapatkan pelan ini sebagai alternatif hotspot/ wifi dekat rumah? Pertama, harganya yang sangat murah. Agak sukar untuk anda dapatkan pelan yang mana memberikan akses kepada anda untuk utilize semua data kuota yang diberikan untuk hotspot. Anda mungkin jumpa plan yang memberikan main data utama yang sangat besar, tetapi kuota hotspot yang diberikan cuma 10 ke 30 GB sahaja. Ianya tidak berbaloi untuk anda setup hotspot di rumah.

Kedua, kelajuan yang diberikan adalah 4G/5G no speed cap. Dan ianya tertakluk pada penggunaan hotspot juga. Tiada speed cap untuk hotspot anda. Mungkin plan yang anda cari ada yang tawarkan data hotspot dari data utama tetapi mereka ada limit pada hotspot contohnya 10 Mbps sahaja. Dengan kombinasi dari kelajuan tanpa batas dan data kuota dari kuota utama percayalah anda akan berpuas hati menggunakan EPIK 50 ini untuk hotspot kerana hampir tiada lag.

Ketiga, disebabkan data hotspot kongsi menggunakan data kuota utama, anda tidak perlu pening kepala nak beli router modified yang lebih mahal. Beli sahaja mana-mana router biasa, masukkan simkad dan boleh pakai seperti biasa. Tidak kisah lah router nak tarik dari data mana sekalipun, ia tetap boleh digunakan untuk hotspot. Isu router modified ini selain lebih mahal, anda juga ada masalah dengan outdated firmware. Jika firmware tersebut dah outdated, router akan kembali baca data hotspot dan jika plan anda hotspot dah habis, maka anda dah tak boleh lagi gunakan internet di router.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan kepada anda Pelan internet murah RM50 dengan hotspot penuh iaitu EPIK 50 yang mana bagi saya sangat berbaloi untuk anda dapatkannya untuk kegunaan di rumah. Jika anda berminat untuk melanggan pelan ini, anda boleh berhubung dengan saya kerana saya berikan simkad Halo Telco ini secara percuma. Klik pada ikon whatsapp dibawah ya?

Strategi Jualan Simkad Secara Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *