Bismillahirrahmanirrahiim
Dewasa ini, anda dapat melihat ramai ejen-ejen simkad dari pelbagai telco telah mulakan langkah yang lebih agresif. Tidak seperti dulu, ejen simkad ini rata-ratanya adalah pemilik kedai telefon yang menjadikan jualan simkad sebagai sub kepada perniagaan mereka. Namun, pada hari ini, dengan kapasiti sambungan internet, penjualan simkad boleh dilakukan hanya dari rumah.
Artikel kali ini akan terangkan 5 cara jadi dealer simkad yang berjaya. Bukan sekadar duduk dan tunggu sehingga pelanggan datang kedai, tetapi anda lah yang akan datang kepada mereka dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan.
5 Cara Jadi Dealer Simkad Yang Mantap
Ketahui Produk Yang Ditawarkan – Anda perlu master keseluruhan produk anda. Dari segi FAQ yang sering ditanya pelanggan, biasanya tidak banyak yang perlu anda fahami. Bermula dari top up, cara daftar, cara langgan pelan, senarai pelan yang ada, ini akan memberikan keyakinan kepada pelanggan bahawa anda adalah seorang dealer simkad yang kompeten.
Mix and Match Plan Dengan Keperluan – Dealer yang baik adalah dealer yang bukan kerap upsell plan yang besar, tetapi mereka match dengan keperluan pelanggan. Jika pelanggan fokus kepada panggilan, sepatutnya dealer perlu tawarkan plan yang memberikan fokus kepada panggilan dan sebagainya. Customer akan melihat anda sebagai problem solver, bukan typical dealer yang terus menerus menjual barang.
KLIK SINI UNTUK BELI SIMKAD HALO TELCO DIRECT DARI HQ
Basic Troubleshooting – Antara cara jadi dealer simkad yang mantap adalah dengan mengetahui basic troubleshooting. Bagi anda mungkin ianya perkara yang kecil tetapi di mata pelanggan anda seolah olah technician yang berpengalaman. Basic troubleshooting hanyalah merangkumi restart, keluar masuk sim, switch slot sim atau switch telefon sahaja. Itu sahaja sudah menunjukkan anda menang di mata pelanggan.
Mempunyai Target KPI Aktiviti Berbanding KPI Sales – Dealer yang bagus lebih menitikkan kepada aktivti berbanding sales. KPI Sales akan datang sendiri apabila KPI aktiviti dicapai. Contohnya, kemaskini status whatsapp sebagai softselling, update social media tentang produk anda setiap hari, lakukan jualan live secara harian dan follow up pelanggan yang mempunyai masalah dengan pendaftaran.
Beretika Dalam Berurusan Dengan Pelanggan – Kadang-kadang, anda akan berurusan dengan berbagai jenis pelanggan. Ada yang kasar, ada yang lembut ada yang beri kerjasama. Oleh itu, anda perlu bijak menangani setiap emosi pelanggan yang dilontarkan. Bukan bermaksud anda perlu lembik tengkuk atas setiap tohmahan yang diberikan. Ada masa, anda perlu stand firm dengan fakta supaya pelanggan sedar akan kesalahan mereka.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan kepada anda cara jadi dealer simkad yang lebih efektif. Ianya adalah jalan yang panjang, namun berbaloi untuk anda teruskan sebagai side income anda. Jika anda berminat untuk menjadi rakaniaga Halo Telco dibawah bimbingan saya, anda boleh saya berhubung dengan Whatsapp untuk saya bantu realisasikan impian anda. Sekian terima kasih.

