Pelan EPIK 28 Kini Dilancarkan

pelan epik 28

Bismillahirrahmanirrahiim

Untuk makluman semua, Tunetalk telah melancarkan satu lagi pelan yang dinamakan dengan pelan EPIK 28. Pelan ini diwujudkan selepas mendapat banyak respons dari pengguna mengenai Pelan EPIK 25 yang mana tidak menyediakan hotspot di dalam plan. Oleh itu, pelan ini telah menggantikan EPIK 25 dan memberikan lebih banyak features yang padu untuk pengguna semua.

Karakteristik Pelan EPIK 28.

Berikut adalah karateristik untuk pelan EPIK 28

Harga. Pelan ini berharga RM 28, sesuai dengan nama yang diberikan. Tambahan RM 3 adalah satu pembelian yang berbaloi kerana anda mendapat 10 GB tambahan beserta fungsi hotspot yang tiada dalam pelan EPIK 25 sebelum ini. Oleh itu, tidak perlu lagi teragak agak nak pilih pelan EPIK kerana semua pelan EPIK ada hotspot.

Kelajuan. Masih lagi mengekalkan kelajuan tanpa had iaitu 4G dan 5G bergantung kepada kawasan. Secara amnya ia bergantung kepada kapasiti peranti, jarak menara dan trafik penggunaan semasa. Kelajuan teknikal untuk 4G adalah sekitar 3 Mbps sehingga 100 Mbps manakala untuk 5G pula antara 50 Mbps sehingga 1000 Mbps.

Data. Data yang diperuntukkan adalah sebanyak 50 GB beserta dengan hotspot. Bagi pengguna mild ianya sangat okay untuk dipilih. Anda boleh gunakan data ini untuk hotspot kepada peranti lain. Sekiranya anda terlebih guna data, anda boleh cuba untuk beli booster yang ditawarkan iaitu sebanyak RM 10 untuk 10 GB.

Panggilan dan SMS. Pelan EPIK 28 menawarkan panggilan percuma ke semua rangkaian mudah alih. Untuk nombor special, premium atau landline akan dikenakan caj yang dikendalikan oleh operator penerima. Tunetalk juga memberikan 10x SMS percuma kepada pelanggan mereka. Oleh itu amat sesuai untuk menjadi SMS ini sebagai penghubung secara kecemasan jika tidak dapat berhubung dengan whatsapp.

Kesimpulan

Pelan EPIK 28 ini dilihat adalah satu penambah baikan dari pelan lama yang mana hotspot diaktifkan dan data kuota ditambah dengan hanya kenaikan RM 10 sahaja tanpa perlu anda beli booster. Jika anda pengguna sederhana, pelan ini sangat sesuai untuk anda kerana tempoh pelan ini adalah selama satu bulan dan anda hanya perlu bayar RM 28 sahaja untuk aktif sebulan.

Had Pendaftaran Prepaid 2026

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *