Jenis Sim Card Di Malaysia

Jenis Sim Card Di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi dengan anda semua tentang jenis simcard di Malaysia. Ianya adalah pengetahuan umum sahaja yang mana bagi saya elok juga untuk anda ketahui. Mana tahu pada masa akan datang, maklumat ini dapat membantu anda. Jom kita baca artikel dibawah untuk penerangan yang lebih lanjut.

Jenis Simkad Di Malaysia

Secara amnya, terdapat banyak jenis simkad yang kita sendiri jarang dengar namun benda tersebut biasa digunakan pada era modenisasi ini. Saya senaraikan dahulu semua jenis simkad yang ada di dunia.

  1. Standard SIM
  2. Universal SIM (USIM)
  3. Micro SIM
  4. Nano SIM
  5. Adjustable SIM
  6. ESIM
  7. Virtual SIM

Standard SIM
Ini adalah simkad yang lama yang mana ia mempunyai ukuran 25mm x 15mm. Standard SIM hanya boleh menggunakan beberapa rangkaian sahaja biasanya 1G, 2G dan jika ada 3G. Jangan risau, sim ini biasanya sudah tiada dalam pasaran.

Universal SIM
Ini adalah simkad terbaru yang boleh menyokong kepada rangkaian 3G, 4G dan juga 5G. Kapasiti SIM ini juga telah ditingkatkan yang mana ia tidak lagi fokus kepada panggilan dan SMS sahaja, malah lebih dari itu. Inilah jenis sim yang digunakan pada zaman sekarang.

Micro SIM
Sim ini lebih kecil dari standard sim yang berukuran 15mm x 12mm. Ia mula dipakai apabila size telefon menjadi lebih kecil dan kompak. Tidak seperti dulu, telefon bimbit sangat besar yang mana kita gelar sebagai botol air bagi orang dahulu.

Nano SIM
Ini adalah saiz sim terkecil berukuran 12.3mm x 8.8mm. Walaupun kecil, ia masih mempunyai kapasiti yang sama. Dengan saiz yang kecil ini, ia memberi ruang kepada pengeluar telefon untuk memasukkan device atau peralatan yang lain didalam telefon terkini.

Adjustable SIM
Ia dipanggil sebagai 3 in 1 iaitu merangkumi semua saiz yang ada diatas. Anda akan lihat terdapat 2 bingkai yang disediakan yang mana sim tersebut secara amnya bersaiz nano, namun didatangkan juga dengan saiz Micro dan Standard. Buat masa ini kaedah ini telah dilakukan secara meluas boleh kebanyakan telco.

ESIM
Ia berbentuk software dan akan diberikan dalam bentuk QR Kod. Pelanggan harus mempunyai peranti yang menyokong fungsi ESIM sebelum mengimbas kod yang diberikan. Biasanya ia tidak ada limit yang mana anda boleh pasang ESIM sebanyak mana yang anda mahu namun kebanyakan ESIM hanya boleh dipakai di dalam satu peranti sahaja.

Virtual SIM
Ia seperti ESIM tetapi lebih kepada penggunaan industri atau syarikat. Agak jarang anda dengar walaupun syarikat kecil di Malaysia tetapi ia tetap ada dan digunakan oleh kebanyakan syarikat gergasi.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan jenis sim card di Malaysia. Diharap perkongsian kali ini dapat menambah sedikit ilmu yang boleh digunakan pada masa akan datang. Jadi, simkad anda jenis yang mana? Mungkin anda boleh lakukan pertukaran sim jika ada keperluan pada masa akan datang. Sekian terima kasih.

Mengapa ESIM Tidak Dapat Diaktifkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *