Masalah Router Wifi Sering Terputus

Router Wifi Sering Terputus

Bismillahirrahmanirrahiim

Hari ini saya berkesempatan untuk menulis berkenaan dengan masalah router wifi sering terputus. Mesti anda semua geram bukan jika masa main games online atau sedang menonton video, sambungan terputus-putus. Oleh itu, saya akan senaraikan apa yang perlu anda lakukan sekiranya masalah ini berlaku. Jom kita baca bagaimana untuk selesaikan isu ini.

Router Wifi Sering Terputus dan Ini Penyelesaiannya

Pertama – Lihat dahulu dimana anda letakkan router tersebut. Tempat terbaik untuk letakkan router adalah diatas paras pinggang, di kawasan terbuka, bukan di dalam almari dan tidak berdekatan dengan cermin ataupun peralatan elektronik yang mempunyai medan magnet yang besar seperti peti ais atau microwave.

Kedua – Jika isu melibatkan jarak, contoh bila berada dekat dengan router, sambungan wifi baik tetapi bila di dalam bilik atau jauh sedikit, sering terputus-putus. Sila tukar dahulu frekuensi Wifi dari 5GHz kepada 2.4 Ghz. Kelebihan 2.4 Ghz adalah jarak yang lebih jauh yang boleh dihubungkan namun kelemahannya adalah ia tidak boleh menyokong kelajuan yang tinggi.

Ketiga – Semak sambungan kabel. Kadang-kadang kabel power adapter atau kabel CAT5e anda longgar. Sebab itulah ia sentiasa terputus-putus kerana sambungan fizikal kabel tidak sempurna. Anda cuma perlu cabut dan ketatkan semula. Namun, jika lampu power anda sentiasa berkelip-kelip tidak statik, walaupun sudah ketatkan kabel dan cuba pada plug lain, kemungkinan router anda atau adapter power anda mengalami kerosakan. Sila lakukan penggantian.

Keempat – Cara paling mudah semasa isu router wifi sering terputus adalah restart sahaja modem dan juga router anda. Mungkin cache router tersebut sudah agak lama dan ada minor-minor network issue yang berlaku di dalam router atau modem. Oleh itu, dengan restart sahaja peranti anda, isu akan selesai.

Keenam – Jika semua perkara diatas sudah dilaksanakan, berhubung dengan penyedia sambungan internet anda. Mungkin terdapat isu dengan port ataupun sambungan kabel dari luar masuk ke dalam rumah. Memandangkan isu tersebut sudah diluar kepakaran dan kawalan anda, serahkan sahaja kepada yang pakar untuk selesaikan isu tersebut.

Kesimpulan

Saya sudah terangkan tentang masalah router wifi sering terputus. Jika masih lagi berlaku selepas lakukan semua troubleshooting diatas, mungkin isu ini adalah pada router anda sendiri. Mungkin sudah obsolete dan teknologi yang terlampau backdated. Biasanya penyedia sambungan internet akan menawarkan router percuma dengan kontrak.

Baca lagi : Cara Cek Lokasi 5G

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *