Memahami Pakej Telefon Telco Di Pasaran

Pakej Telefon Telco

Bismillahirrahmanirrahiim

Dewasa ini, kita sangat bertuah kerana banyak telco yang mempromosikan pelan mereka beserta dengan telefon. Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai telefon yang out of date, rosak atau baru kali pertama ingin memiliki telefon, pakej tersebut amat membantu. Post kali ini saya akan bantu untuk memahami pakej telefon telco di pasaran.

Kelayakan Pakej Telefon Telco

Tidak kira sama ada Umobile, Maxis atau Celcomdigi, kebanyakannya akan menggunakan mekanisme yang sama. Pertama mereka akan semak sama ada anda ini blacklist atau tidak. Info ini mudah sahaja untuk didapati yang mana mereka ada satu sistem berpusat yang dipanggil sebagai DDMF. Oleh itu, jika anda ada hutang di telco lain, jejak anda dapat dikenalpasti pada telco lain. Seterusnya, mereka juga akan mendapatkan laporan CTOS dan CCRIS untuk melihat adakah anda merupakan pembayar hutang yang baik atau tidak. Jika anda diblacklist maka anda boleh bye bye.

Kedua adalah loyalty. Berapa lama anda menggunakan telco tersebut akan menentukan sama ada anda layak atau tidak untuk dapatkan pakej telefon telco. Part yang ini bergantung kepada strategi telco masing-masing. Ada telco yang terus membuka pelan ini kepada pelanggan baru untuk tarik lebih ramai pelanggan dan ada juga yang khas untuk pelanggan lama yang setia menggunakan perkhidmatan sekian lama.

Ketiga adalah jenis pelan yang ditawarkan. Biasanya pihak telco akan meletakkan kontrak selama 12 atau 24 bulan bergantung kepada telefon yang diterima. Dengan julat waktu inilah baru telco telco di Malaysia boleh mencapai margin keuntungan. Anda untung, telco juga untung. Setahu saya, hanya plan postpaid sahaja yang menawarkan untuk pakej telefon telco dan sangat-sangat jarang untuk anda lihat plan prepaid yang menawarkan pakej telefon.

Maklumat Penting Anda Perlu Tahu

Selepas anda memilih pakej telefon telco yang mana anda layak terima, maka secara rasmi anda akan terikat dengan kontrak berdasarkan tempoh dan plan yang ditetapkan. Apabila terikat dengan kontrak, maka anda tidak lagi bebas untuk melakukan apa sahaja terhadap nombor anda contohnya ingin Port Out, buat pertukaran nama dan tidak boleh tamatkan perkhidmatan sesuka hati.

Sekiranya anda ingin teruskan juga, maka anda akan dikenakan penalti berdasarkan Terma dan Syarat yang telah digariskan. Sila jadi pengguna bijak dengan ketahui TnC yang diterangkan, jangan ambil mudah dengan hanya mendengar penerangan dari pihak dealer. Anda juga akan menanggung akibat jika tersalah pilih plan dan kontrak.

Biasanya penalti kontrak akan dikira pada harga telefon itu sahaja. Katakan jika anda ambil pakej telefon, pihak telco akan berikan harga yang murah. Contoh jika harga RRP di kedai RM 3000, biasanya mereka akan berikan harga cuma RM 2000 sahaja untuk membuatkan anda tertarik untuk melanggan pelan mereka.

Contoh device kena lock lepas tak bayar bil

Selepas anda langgan, anda telah terikat kontrak selama 2 tahun. Selepas 1 tahun, anda dapati kawasan anda sering mengalami gangguan perkhidmatan yang mana membuatkan anda ingin bertukar keluar ke telco lain. Maka anda harus membayar baki kontrak yang sedia ada. Berdasarkan senario diatas anda masih ada baki selama tempoh 12 bulan. Oleh itu, baki 12 bulan tidak diambil pada harga RM 2,000, tetapi pada baki RM 3000. Contohnya anda sudah membayar RM 1000, maka baki bayaran bukanlah RM 1,000 tetapi RM 2,000 dari harga asal telefon, bukan pada harga diskaun.

Sekiranya anda mengabaikan sahaja kontrak tersebut, nama anda akan terus disenarai hitam dan dihantar kepada CTOS. Antara impak yang anda akan terima untuk aspek perkhidmatan telekomunikasi adalah :

  • Tidak layak untuk dapatkan program peranti telefon yang lain.
  • Tidak boleh mendaftar postpaid yang mana kebanyakan pelan lebih baik dari prepaid
  • Tidak layak untuk aktifkan semula nombor telefon yang telah tamat tempoh
  • Tidak layak untuk menjadi penerima nombor telefon lain jika ingin lakukan pertukaran hak milik.
  • Telefon anda akan dikunci dan langsung tidak boleh digunakan kerana pihak telco sudah lock IMEI dan telefon

Kesimpulan

Saya sudah menerangkan aspek-aspek penting yang perlu anda tahu berkenaan dengan pakej telefon telco. Sebenarnya pelan ini adalah satu peluang untuk membantu anda mendapatkan telefon yang baik. Namun, masih ada lagi sebilangan antara pengguna yang tidak endah dengan kontrak menyebabkan mereka rasa teraniaya apabila dikenakan penalti. Jika anda pembayar hutang yang baik, sila dapatkan pakej telefon telco pilihan anda.

Halo Telco dulu pernah buat pakej telefon telco prepaid. Huhu.

Cara Daftar Nombor Baru di Aplikasi Halo Telco

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *