Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi dengan anda semua tentang cara refund Apple Services. Mungkin ada antara anda semua selalu lakukan langganan iCloud, Music store dan sebagainya. Namun sewaktu pembelian ada kebarangkalian untuk anda terbeli atau terlanggan langganan lain yang anda tidak mahu langsung. Oleh itu, mari kita lihat bagaimana untuk selesaikan isu tersebut.
Fakta-Fakta Penting Untuk Refund Apple Services.
Sebelum kita melangkah kepada cara refund Apple Services, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Sila lihat maklumat dibawah :
- Tiada Jaminan – Walaupun anda sudah request untuk refund, tiada jaminan wang akan dikembalikan. Ia lebih kepada case-to-case basis.
- Tempoh Refund – Anda boleh mohon untuk refund dalam tempoh 90 hari dari tarikh pembelian. Selepas tempoh tersebut tiada lagi peluang bagi anda.
- Tempoh Bayaran Refund – Sekiranya berjaya, refund tersebut akan dipulangkan dalam tempoh 48 jam untuk Apple ID, 30 hari untuk kredit kad dan 60 hari jika anda bayar guna bil telefon.
Secara amnya, untuk memastikan refund anda berjaya, anda haruslah lakukan permohonan tersebut secepat mungkin selepas anda sedar terdapat penolakan wang di dalam akaun anda.
Cara Refund Apple Service
Berikut adalah langkah demi langkah bagaimana anda ingin refund Apple Services.
- Layari laman web ReportaProblem dan log masuk menggunakan Apple ID anda.
- Dibawah kotak What We Can Help You With, sila pilih Request a Refund
- Dibawah Tell Us More, sila pilih alasan yang bersesuaian dan klik Next
- Pilih langganan atau aplikasi yang anda tersalah beli dan klik butang Submit
Selepas itu anda akan menerima satu notifikasi bahawa permohonan tersebut telah dihantar. Sekiranya anda ingin menyemak status refund tersebut, sila login semula dan akan ada satu link iaitu Check Status of Claim. Dari situlah anda boleh tahu sama ada refund tersebut berjaya atau tidak.


Kesimpulan
Saya telah terangkan berkenaan dengan cara refund Apple Service. Bagi yang tersilap beli atau anak tertekan untuk pembelian apps, anda boleh gunakan panduan diatas untuk mendapatkan semula wang yang telah digunakan. Jika isu tersebut masih lagi tidak dapat diselesaikan, sila berhubung dengan pihak Apple Store Malaysia untuk semakan lanjut.
Alhamdulillah.