Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya berkesempatan untuk melakukan ulasan tentang Tune Talk 365 Validity Prepaid yang mana ia adalah solusi kepada mereka yang inign mengekalkan nombor mereka dalam setahun tanpa lakukan apa-apa top up selepas itu. Jom kita lihat lebih lanjut apakah features-features yang best untuk produk ini.
Apa itu Tune Talk 365 Validity Prepaid
Ia adalah satu produk yang mana pelanggan akan mendapatkan tempoh sah kredit untuk tempoh 365 hari bermula daripada tarikh pembelian. Sesuai bagi mereka yang selalu terlupa untuk top up dan juga mereka yang hanya ingin kekalkan nombor telefon tanpa membeli apa-apa pelan.
Senarai Produk Tune Talk 365 Validity Prepaid
Terdapat dua jenis produk yang ditawarkan iaitu yang berharga RM 35 dan juga RM 100. Mari kita lihat perbandingannya.
CIRI-CIRI | 365 (RM 35) | 365 (RM 100) |
Harga | RM 35 | RM 100 |
Tempoh Sah | 365 Hari | 365 Hari |
Data Internet Asas | Tiada | 10 GB (256 kbps) |
Auto Renew | Tiada | Tiada |
Tariff | Epik Jimat | Value Cun Value High Value |
Cara Untuk Langgan Tune Talk 365 Validity Prepaid
Terdapat dua cara untuk melanggan produk ini iaitu melalui SMS dan juga aplikasi Tune Talk. Berikut adalah kaedah untuk melanggan.
Melalui SMS
- Taip EXT (untuk RM 100) atau 365 (Untuk RM 35)
- Hantarkan ke 2222
Melalui aplikasi Tune Talk
- Login ke dalam aplikasi
- Tekan Plan
- Pilih Validity
- Pilih Produk
- Lakukan pembayaran





Kesemua pembelian yang berjaya akan dimasukkan diberitahu melalui SMS ataupun anda boleh semak semula di dalam aplikasi.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan tentang apa itu Tune Talk 365 Validity Prepaid. Seperti yang saya maklumkan ianya sangat sesuai kepada mereka yang selalu terlupa untuk topup. Sekiranya tiba-tiba anda membeli data internet, jangan risau, anda hanya perlu untuk membeli sahaja data plan seperti biasa sama ada harian, mingguan atau bulanan ya?
Alhamdulillah.