Ulasan Epik 25+ Tunetalk

ulasan epik 25+ tunetalk

Bismillahirrahmanirrahim

Epik 25+ merupakan satu plan baru yang telah dilancarkan oleh pihak Tunetalk. Pelan ini bagi saya mempunyai satu keunikan tersendiri yang saya akan berikan Ulasan Epik 25+ Tunetalk selepas ini. Adakah ianya sesuai untuk anda atau tidak? Mari kita lihat sama-sama pelan yang ditawarkan oleh pihak Tunetalk. Jom baca.

Ciri-Ciri Epik 25+ Tunetalk

HargaRM 25
Tempoh30 hari
Data40 GB
Kelajuan4G : 3 Mbps sehingga 100 Mbps
5G : 50 Mbps sehingga 1000 Mbps
HotspotTiada
PanggilanPercuma ke semua rangkaian
SMSRM 0.12 untuk setiap SMS ke semua rangkaian
Whitelist AppTiada

Ulasan Epik 25+ Tunetalk

Harga : Harga yang ditawarkan cuma RM 25 sahaja. Sangat-sangat berbaloi dengan ciri-ciri yang ditawarkan. Mana anda nak cari kelajuan 4G-5G hanya dengan RM 25 sahaja. Jika anda pecahkan RM 25 dengan tangga gaji minima, cuma 1.67% sahaja dari gaji anda. Anda boleh jimat maksimum dengan pelan yang ditawarkan.

Data – 40 GB yang ditawarkan adalah sangat sesuai untuk pengguna lite user. Bagi anda yang kaki games, kaki binge video berjam-jam, sila abaikan pelan ini. Pelan ini sesuai untuk geng-geng blogger, geng ada Wifi dekat rumah dan yang jenis lepak mamak tapi tak tengok telefon. Berikut adalah apa yang anda boleh lakukan dengan kuota sebesar 40 GB.

Kelajuan – Seperti yang diberitahu, kelajuan yang diberikan adalah 4G dan juga 5G bergantung kepada kawasan. 4G akan bermula dari 3 Mbps manakala 5G akan bermula dari 50 Mbps ke atas. Katakan saya ambil kelajuan terendah 5G sebanyak 50 Mbps, maka kebanyakan aktiviti internet boleh dilakukan tanpa ada gangguan. Berikut adalah senarai aktiviti yang anda boleh lakukan di internet dengan kelajuan yang ditawarkan.

  • Tonton movie (720p) : 5 Mbps
  • Tonton movie 4K HD : 25 Mbps
  • Tonton movie (SD) : 3 Mbps
  • Surf website/email : 1- 3 Mbps
  • Social Media : 3-5 Mbps
  • Heavy Mobile Game : 10-15 Mbps
  • Light Mobile Game : 2-3 Mbps
  • Video Call : 1-2 Mbps
  • Video Conferencing : 5-6 Mbps
  • Messaging (Whatsapps, Telegram) : 0.5 Mbps
  • Mining bitcoin : 1 Mbps

Hotspot – Ulasan Epik 25+ Tunetalk menunjukkan bahawa tiada Hotspot dibekalkan untuk pelan ini. Oleh itu, pelan ini adalah untuk orang single yang hanya khusus untuk gunakan di dalam satu peranti sahaja. Bagi anda yang ingin gunakan Hotspot, sila elakkan pelan ini ya?

Panggilan dan SMS – Seperti kebanyakan pelan yang lain, pelan ini menawarkan panggilan percuma ke semua rangkaian telco. Namun, panggilan ke nombor telefon istimewa dan juga talian bebas tol akan dikenakan caj yang berasingan. SMS pula akan dicaj sebanyak RM 0.12 sahaja, iaitu antara rate SMS yang termurah dalam kalangan telco.

Kesimpulan

Saya telah memberikan Ulasan Epik 25+ Tunetalk yang mana diharapkan ianya dapat membantu anda membuat keputusan sebelum pembelian. Ya, ia sangat sesuai untuk light user yang hanya gunakan sekadar whatsapp, social media sekali sekala dan juga untuk melayari website. Boleh lah saya katakan bahawa ini adalah pelan bagi mereka yang tidak terlalu attach dengan dunia maya.

Baca lagi : Ulasan Epik 35+ Tunetalk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *