Bismillahirrahmanirrahiim
Pernah tak anda merasa pelik mengapa data internet cepat habis? Padahal anda rasa macam guna seperti biasa sahaja tanpa ada apa-apa penambahan. Nah artikel kali ini saya akan kupas isu ini serta cara bagaimana untuk anda selesaikannya. Jadi, tidak perlulah anda pening atau garu kepala terfikir misteri kuota yang cepat sangat dah capai limit.
Faktor Utama Mengapa Data Internet Cepat Habis
Pertama – Anda buka hotspot dan pengguna yang menggunakannya lebih daripada yang anda sangkakan. Apabila anda buka hotspot, kebiasaannya ia mempunyai capaian sekitar 5 -10 meter. Oleh itu, tidak mustahil jiran sebelah anda juga boleh mengesan Hotspot anda. Mungkin ada pihak yang sudah berjaya crack password Hotspot anda menggunakan Software atau tekaan menyebabkan mereka mempunyai akses kepada rangkaian Hotspot anda.
Oleh itu, kaedah untuk menghalang masalah ini berlaku adalah anda melakukan pertukaran password secara berkala dan menggunakan password yang merangkumi alphaneumeric. Atau anda juga boleh on Hotspot apabila perlu sahaja. Secara amnya kebanyakan peranti akan full download semua features apabila menggunakan Wifi. Oleh itu peranti yang berhubung dengan hotspot anda akan mula kemaskini berbagai aplikasi.
Kedua – Video. Ini adalah faktor utama mengapa data internet cepat habis. Sekarang ini ramai yang sudah tengok video dengan 720 p HD keatas. Inilah yang banyak memakan data anda sebenarnya. Lagi-lagi anda on hotspot dan connect dengan Smart TV anda. Fuh syahdu mat. Meleleh data kuota macam air terjun. 1000 GB sebulan pun mungkin tak cukup kalau anda kaki tengok Netflix.
Kaedah untuk penyelesaiannya adalah anda boleh menurunkan setting kepada 480 p untuk menonton video untuk skrin seperti smartphone. Jika anda gunakan screen yang lebih besar seperti Ipad atau Television, mungkin anda boleh naikkan pixel setting kerana jika anda set rendah, anda akan lihat gambar menjadi pecah-pecah.
Ketiga– Download Movie atau Games. Rata-rata movie dan games sekarang file nya besar-besar. Ada games bermula dari 10 GB, sekarang sampai 40 GB untuk satu games pun ada. Movie pula ikut kualiti gambar. Semakin tinggi kualiti maka semakin banyak data yang digunakan. Oleh itu jika anda kaki download, anda harus tahu berapa total jumlah data yang anda download supaya tidak keterlaluan.
Kesimpulan
Saya sudah menerangkan tentang mengapa data internet cepat habis. Untuk perkara lain jangan risau tak akan efek sangat contoh seperti update Whatsapp, kemaskini aplikasi atau sync calendar Google dan sebagainya. Malah kalau anda kaki tiktok sekalipun, penggunaan anda pasti sekitar 70 GB sahaja sebulan itu pun rasa macam nak juling mata skrol video.


