Bismillahirrahmanirrahiim
Dewasa ini, penggunaan data mudah alih ibarat menjadi satu kewajiban bagi rakyat Malaysia. Dulu, internet hanyalah satu pilihan, namun sekarang ia hampir perlu untuk teruskan kehidupan dalam era digital ini. Namun, banyak masalah data mudah alih yang berlaku di Malaysia seperti internet tidak dapat digunakan, kuota yang cepat habis digunakan dan juga sambungan yang tidak stabil. Artikel ini akan bantu anda memahami masalah tersebut serta langkah yang boleh diambil.
Masalah Data Mudah Alih Yang Selalu Berlaku
Data Cepat Habis Digunakan. Kebanyakan data mudah alih dipasang didalam telefon. Kini telefon boleh install berbagai aplikasi yang banyak dalam masa yang sama. Kebanyakan aplikasi yang wujud memerlukan mereka sentiasa dikemaskini untuk kekal relevan dan juga bagi tujuan keselamatan. Disebabkan ianya berlaku secara background, pengguna tidak sedar bahawa data mereka sedang digunakan untuk kemaskini aplikasi yang ada. Bagi mengelakkan isu ini berlaku, anda boleh uninstall mana-mana aplikasi yang anda rasa tidak penting untuk anda gunakan.
Kelajuan Internet Yang Perlahan. Hal ini berlaku disebabkan banyak perkara. Ia boleh jadi disebabkan anda kehabisan data kuota, anda telah mencapai had FUP ataupun anda berada di dalam kawasan yang mempunyai jaringan yang tidak kuat. Sekiranya anda menghadapi isu seperti ini, anda perlu upgrade kepada plan yang lebih besar, dan berada dikawasan yang mempunyai rangkaian yang kuat untuk terus menggunakan internet seperti biasa.
Internet terputus-putus di dalam rumah. Anda mempunyai sambungan internet tetapi sambungan tidak stabil. Sekejap ada, sekejap tiada. Perkara ini berlaku jika anda duduk di dalam kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang amat tinggi seperti flat dan sebagainya. Untuk mendapatkan sambungan internet yang stabil, anda disarankan untuk memasang signal booster/repeater supaya signal yang kuat diluar rumah anda dapat dipindahkan ke dalam rumah.
Internet langsung tidak boleh digunakan. Anda telah membeli plan dan mempunyai data kuota yang banyak. Tetapi tidak mempunyai sambungan internet langsung walaupun ada signal. Cara terbaik sekali adalah anda keluar masuk sim kemudian restart telefon anda. Jika masih berlanjutan, cuba untuk tukarkan ke telefon lain terlebih dahulu. Sekiranya masih gagal, hubungi telco anda untuk bantuan teknikal.
Kesimpulan
Masalah data mudah alih yang saya senaraikan ini adalah masalah am yang sering berlaku dalam kalangan pengguna seperti anda. Saya juga tidak terkecuali. Namun apa yang penting, anda tahu bagaimana untuk mengatasi masalah yang berlaku supaya pengalaman penggunaan data internet data sentiasa dalam keadaan yang smooth dan optimum.
Kepada anda yang ingin mendapatkan simkad Halo Telco dan melanggan pelan EPIK 35 yang berharga RM 35, anda boleh klik pada pautan ini sekarang. Beli SIM Kad Halo Telco

