Bismillahirrahmanirrahiim
Salah satu kaedah untuk menyelesaikan masalah tidak dapat menghantar dan menerima SMS adalah dengan melihat tetapan nombor SMS Center. Artikel hari ini saya akan tunjukkan bagaimana cara setting SMSC Android untuk kebanyakan telefon yang menggunakan OS ini. Bagi pengguna Iphone, sistem akan automatik setkan nombor SMSC di dalam peranti.
Apa itu SMSC
SMS Center adalah suatu nombor yang mana apabila SMS dihantar ia akan menjadi poin pertengahan sebelum dihantar ke penerima SMS tersebut. Setiap telco mempunyai nombor SMSC yang berbeza-beza. Oleh itu, penting untuk anda lihat sama ada setting nombor SMSC anda betul atau tidak. Secara amnya, kebanyakan model phone terkini tak memerlukan anda set secara manual. Namun jika isu seperti ini berlaku, kita akan cuba set secara manual.
Berikut adalah senarai nombor SMSC kebanyakan telco di Malaysia. Sila rujuk jadual dibawah :
TELCO | NOMBOR SMSC |
Celcom / Xpax | +60193900000 |
Maxis/ Hotlink | +60120000015 |
Digi | +60162999902 |
Umobile | +60181000108 |
Tunetalk / Halo Telco | +60193900045 |
Unifi Mobile / Webe | +601110499999 |
OneXOX | +60193900039 |
RedOne / BeOne | +60193900000 (same as Celcom) |
Yes | +60183005208 |
Cara Setting SMSC Android Untuk Versi Terkini
Cara dia lebih mudah dan simple yang mana anda perlu gunakan kod rahsia android untuk terus akses kepada maklumat phone anda. Sila ikuti langkah dibawah.
- Dial *#*#4636#*#*
- Pilih Phone Information
- Scroll down sehingga jumpa kolum SMSC dan pilih refresh.
- Biasanya ia akan menunjukkan nombor seperti ini “1”,145 (nombor akan berbeza-beza, tapi format tetap sama)
- Jangan kacau format yang lain, cuma ubah sahaja nombor 1 tadi dengan nombor SMSC pilihan anda. Seperti saya terangkan copy paste sahaja semua sekali dari simbol + sehingga nombor akhir. Jika anda taip manual, dikhuatiri format salah dan sistem akan reject pertukaran tersebut.
- Sepatutnya, nombor yang akan anda update jadi seperti ini, “+60193900045”,145. Ini contoh untuk SMSC Halo Telco
- Kemudian, tekan update. Selepas update, tekan refresh untuk pastikan nombor SMSC telah berjaya diset di dalam peranti.


Cara Setting SMSC Android Untuk Versi Lama
Bagi pengguna sistem android versi lama, kaedah kod tersebut tidak boleh digunakan. Biasanya akan keluar error. Oleh itu dibawah adalah kaedah bagaimana untuk set SMSC, namun ia bergantung kepada model phone masing-masing.
- Buka Setting dan cari System Apps
- Klik pada Message
- Pilih More Message Setting
- Pilih Message Center
- Copy paste nombor SMSC number





Kesimpulan
Saya sudah menerangkan tentang cara setting smsc android untuk versi lama dan juga versi terkini. Diharap artikel ini dapat membantu anda yang menghadapi masalah tidak dapat menerima SMS ataupun menghantar SMS. Semoga berjumpa di artikel lain kelak.
Alhamdulillah