Bismillahirrahmanirrahiim
Artikel sebelum ini saya ada menerangkan antara cara untuk dapatkan SMS OTP adalah setkan SMS Premium. Kali ini saya akan tunjukkan cara setting sms premium di Android. Walaupun saya gunakan contoh dari phone Realme, namun jangan risau, kebanyakan phone yang menggunakan operational system andorid mempunyai interface yang lebih kurang.
Apa itu SMS Premium
Ia adalah satu jenis SMS yang mana anda akan dikenakan caj yang lebih tinggi berbanding daripada standard caj. Contohnya jika satu SMS yang dihantar, telco akan mengenakan caj sebanyak RM 0.15 sahaja. Namun, jika pada SMS Premium, SMS tersebut boleh mencapai sehingga RM 3 untuk satu penghantaran SMS, bergantung kepada pihak pengendali SMS premium tersebut.
Contohnya, dahulu di Malaysia ada satu rancangan realiti yang dinamakan sebagai Malaysia Got Talent. Para penonton boleh mengundi artis kegemaran mereka melalui SMS dengan menghantar VOTE 1 ke 33666. Setiap penghantaran SMS tersebut akan dikenakan caj sebanyak RM 1.50. Caj ini bukan ditentukan oleh pihak telco, tetapi ditetapkan oleh penganjur rancangan realiti tersebut.
Memandangkan semua nombor TAC dihantar dalam format 5 digit seperti 66300, 66000 atau 62600, ia tergolong di dalam SMS premium. Oleh itu, dengan melakukan tetapan Always Allow akan membantu anda menerima SMS TAC dengan jayanya.
Cara Setting SMS Premium Di Android
Berikut adalah tutorial bergambar bagaimana untuk setkan SMS premium di Android, sila rujuk langkah-langkah tersebut seperti dibawah :
Buka Setting Phone dan cari Privacy Protection

Pilih Special Permission

Pilih Premium SMS Access

Setkan kepada Always Allow

Kadang-kadang, terdapat kes yang mana anda tidak melihat apa-apa jenis aplikasi SMS di dalam phone tersebut. Anda boleh cuba untuk uninstall aplikasi Message tersebut dan install semula. Gunakan kata kunci Google Message dan anda download semula seperti biasa. Kemudian anda boleh cuba untuk setkan semula SMS premium.
Kesimpulan
Saya telah menunjukkan Cara Setting SMS Premium di Android yang mudah untuk menyelesaikan isu yang mana anda tidak mendapat SMS TAC dari mana-mana pihak seperti bank atau platform shopping online. Diharap artikel ini dapat membantu anda. Jika ada masalah, boleh klik pada ikon whatsapp dibawah ya?
Alhamdulillah