Cara Lock 5G Dalam Handphone

cara lock 5G

Bismillahirrahmanirrahiim

Artikel kali ini saya akan terangkan tentang cara lock 5G didalam Phone android dan juga Phone Iphone. Tutorial ini sangat penting kepada mereka yang memang memerlukan sambungan 5G yang lebih laju untuk aktiviti yang ingin mereka lakukan di alam maya. Oleh itu jom kita lihat bagaimana caranya untuk lock 5G di dalam phone.

Am

Dahulu, kebanyakan peranti mempunyai kapasiti untuk lock band frequency yang lebih spesifik. Contohnya dalam 4G kita ada Band 1,3,7,8,28 dan sebagainya. Oleh itu, pengguna dahulu akan menyemak apakah band yang dipakai oleh telco mereka dan terus akan lock pada band dari telco mereka. Contohnya Celcom mempunyai band 28, maka pengguna Celcom akan tick band 28 sahaja untuk mendapatkan sambungan yang lebih stabil.

Namun, pada hari ini features itu telah ditutup untuk pengguna dan telah diset secara default dari kilang. Jangan risau, kita masih tahu cara lock 5g yang mana lebih mirip kepada kaedah lock band. Kira ok lah dari langsung tak boleh lock betul tak?

Cara Lock 5G Dalam Android

Berikut adalah kaedah untuk lock 5G dalam android

  1. Dial *#*#4636#*#* untuk mendapatkan menu Phone information
    • Alternatif, jika code ini gagal, sila klik Setting > About Phone > All Spec > Tap Internal Storage banyak kali
  2. Kemudian, pilih Phone Information 1 atau Phone Information 2, bergantung pada mana sim slot yang digunakan.
  3. Scroll down dan cari Set Preferred Network > Pilih NR Only atau NR/LTE
    • Kadang-kadang ada pengguna yang pilih NR Only, handphone terus hang. Kemungkinan besar phone tersebut tidak mempunyai Fallback System. Fallback System bermaksud jika ada orang nak call kita tapi tak boleh masuk dalam rangkaian 5G, system akan auto tukar kepada rangkaian lain yang boleh menerima call seperti 4G VOLTE atau 2G. Jika jadi perkara begini, restart sahaja phone.
    • Nak selamat pilih NR/LTE lebih mudah.
  4. Selesai

Cara Lock 5G dalam iPhone

Berikut adalah cara lock 5G dalam Iphone. Ia lebih kepada user interface sahaja yang mana pengguna tidak mempunyai akses seperti android, tapi masih lagi okay untuk lock 5G.

  1. Buka setting
  2. Pilih Mobile Services
  3. Pilih Mobile Data Option
  4. Pilih Voice and Data
  5. Pilih 5G On

Setback daripada lock 5G dalam peranti adalah handphone cepat habis bateri dan jika phone korang tak boleh tahan panas, memang korang akan rasa kepanasannya. Kalau handphone panas, anda faham-fahamlah yang mana sistem akan jadi lagging sebab device sendiri tengah panas. Oleh itu gunalah secara berhemah.

Kesimpulan

Saya telah terangkan tentang cara lock 5G sama ada di Iphone dan juga Android. Diharap ianya dapat membantu anda untuk mendapatkan jaringan 5G di dalam kawasan anda. Tidaklah asyik tertukar kepada 4G atau 4G+ sahaja. Rugilah jika anda tidak boleh utilize penggunaan 5G disebabkan peranti anda tidak dapat mengesan signal 5G yang kuat.

Alhamdulillah

Pelan Data Internet Paling Murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *