Cara Lajukan Internet Router 2024

cara lajukan internet router

Bismillahirrahmanirrahiim

Artikel kali ini saya akan terangkan tentang cara lajukan internet router korang dengan mudah. Benda ini boleh dilakukan oleh anda terlebih dahulu sebelum anda hubungi pihak pembekal internet anda seperti Time ataupun Unifi. Jom kita baca penjelasannya seperti dibawah.

Sebab Internet Slow

Sebelum kita lihat cara lajukan internet router, jom kita tengok dahulu mengapa sambungan internet anda perlahan.

  1. Router lama yang tidak boleh menyokong kelajuan tinggi atau perkakasan elektronik yang sudah tidak cekap.
  2. Old Cache
  3. Gunakan band wifi 2.4 Ghz
  4. Gunakan cable CAT4
  5. Terlampau ramai yang connect dengan Wifi.

Cara Lajukan Internet Router

Baik, cara yang paling senang adalah anda restart sahaja modem dan juga router anda. Restart akan bantu untuk set semula setting yang tertukar dan juga old cache. Selepas sahaja anda restart router and modem, cuba untuk semak semula kelajuan anda adakah seperti yang dilanggan melalui mana-mana laman speedtest.

Sekiranya masalah masih lagi tak dapat diselesaikan, cuba cabut sebentar kabel yang bersambung dan bersihkan dari habuk-habuk yang melekat. Habuk-habuk yang ada di dalam lubang router boleh menyebabkan internet anda semua perlahan. Oleh itu, cuba bersihkan dahulu habuk-habuk tersebut.

Jika masalah tidak dapat diselesaikan juga, cara lajukan internet router seterusnya adalah dengan melihat pula peralatan anda. Cuba semak dahulu adalah kabel anda CAT 5E ke atas. Jika ya, tiada masalah, namun jika tidak, sila tukar kepada kabel CAT 5E dan keatas yang mana ia menyokong kelajuan yang lebih tinggi. Kemudian, anda lihat pula router anda. Paling senang lihat anda ada berapa antenna. Jika da dua antenna sudah memadai namun jika anda hanya ada router yang hanya sokong 1 antenna, anda disarankan untuk tukar router kerana ia adalah router lama.

Contoh gambar cable CAT5E

Seterusnya cuba semak adakah anda menggunakan wifi band 2.4 GHz atau wifi 5GHz. Untuk mendapatkan sambungan yang laju, disarankan untuk menggunakan wifi 5GHz. Namun keburukan band ini adalah anda harus berada berdekatan dengan router supaya anda boleh disambungkan dengan wifi tersebut. Sila lakukan set up di dalam router anda menggunakan panduan manual masing-masing.

Kemudian, anda cuba tukar password wifi. Mungkin ramai orang yang sudah tahu password anda menyebabkan ramai orang menggunakan router anda dalam masa yang sama. Oleh itu dengan menukar password dan menghadkan kepada jumlah pengguna, ia boleh melajukan semula router anda semua.

Terakhir, jika isu masih lagi berlaku, boleh hubungi pihak penyedia internet anda untuk lakukan reset Port. Pihak mereka akan reset semula sambungan internet anda dan biasanya mereka akan minta anda untuk restart semula modem dan router selepas itu. Kebiasaannya selepas proses tersebut, kelajuan anda akan kembali normal.

Kesimpulan

Saya sudah menerangkan tentang cara lajukan internet router yang boleh anda lakukan dirumah. Diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk menyelesaikan isu internet anda yang perlahan. Sila baca lagi artikel-artikel lain yang berkaitan ya? Terima kasih.

Alhamduillah

Cara Nak Tahu Orang Block Nombor Telefon Kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *