Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya berkesempatan untuk tunjukkan bagaimana Cara Kemaskini Maklumat Bank Dalam Halogo Partner. Walaupun benda ini adalah benda remeh, namun bagi saya agak penting juga untuk saya tunjukkan kerana ramai rakaniaga baru tidak tahu cara untuk kemaskini akaun bank. Jom saya tunjukkan cara untuk lakukan kemaskini.
Mengapa Perlu Kemaskini Akaun Bank?
Selain tahu Cara Kemaskini Maklumat Bank Dalam Halogo Partner, anda juga harus tahu kepentingan kemaskini. Selalunya bila dalam sesuatu tempoh masa, anda nak lakukan withdrawal, ia akan keluar satu error, detail is incorrect. Oleh itu untuk menyelesaikan isu ini anda harus lakukan kemaskini akaun bank anda.

Cara Kemaskini Maklumat Bank Dalam Halogo Partner
Dibawah adalah kaedah untuk kemaskini maklumat bank akaun anda. Pertama, login kedalam aplikasi Halogo Partner, klik pada Incentive, kemudian klik More dibahagian atas.

Kedua – Klik pada Bank Account

Ketiga – Klik pada butang tambah dibahagian bawah.

Keempat – Pilih bank account category anda.

Kelima – Masukkan semua detail dan klik anak panah untuk save.

Selepas selesai kesemuanya, anda disarankan logout, close aplikasi dan login semula seperti biasa. Untuk pemilihan akaun pihak ketiga atau akaun bank syarikat, anda akan lihat ada beberapa dokumen tambahan yang diperlukan. Kemaskini akaun bank pihak ketiga dan syarikat akan mengambil masa dalam tempoh 24-48 jam sahaja.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan tentang Cara Kemaskini Maklumat Bank Dalam Halogo Partner. Diharap perkongsian ini dapat memberikan lebih banyak panduan kepada anda yang tidak tahu untuk kemaskini akaun bank. Sekian terima kasih. Alhamdulillah.

