Bismillahirrahmanirrahim
Artikel kali ini saya akan membahaskan tentang cara beli roaming Tunetalk Halo Telco sekiranya anda ingin ke luar negara dan malas untuk membeli simkad di negara luar. Ya, jika anda ingin membeli simkad, anda harus daftar dahulu, itu tidak lagi campur dengan masalah daftar tak berjaya, dan sukar untuk berhubung dengan customer service mereka. Jom kita lihat caranya.
Cara Beli Roaming Tunetalk
Berikut adalah cara-cara bagaimana ingin melakukan pembelian roaming melalui aplikasi Tunetalk. Saya tidak menyarankan untuk lakukan pembelian melalui SMS kerana kebiasaannya akan gagal disebabkan salah masuk kod. Sila ikuti langkah-langkah dibawah.
- Login kepada aplikasi Tunetalk
- Klik pada Plan
- Klik dropdown Monthly dan cari roaming
- Pilih negara yang ingin dijelajahi
- Pilih plan yang ada
- Pilih Proceed dan plan akan muncul di dalam aplikasi.






Disarankan untuk anda lakukan pembelian sebelum bertolak ke luar negara. Anda boleh membeli maksimum tiga pas serentak. Sila gunakan pas tersebut dalam tempoh 30 hari, jika tidak pas tersebut akan luput secara automatik.
Senarai pas yang ada adalah seperti berikut.
- ROAM 3D : 3 Hari / RM 25 / 16 Negara / 2GB
- ROAM 1D : 1 Hari / Harga bergantung pada negara / 100 buah Negara / 50-500MB bergantung pada negara
Semua data yang diberikan adalah jenis HARD STOP. Ia bermaksud, jika kuota sudah habis, maka anda langsung tidak boleh menggunakan internet.
Untuk senarai semua negara, beserta plan dan juga roaming partner, sila klik sini.
Cara Aktifkan Roaming Tunetalk
Selain anda tahu cara beli roaming Tunetalk, anda juga harus tahu cara aktifkannya. Sila pastikan semua perkara dibawah untuk memastikan anda tidak menghadapi hal yang tidak diingini semasa di luar negara.
- Beli dahulu roaming pass berdasarkan keperluan anda dan pastikan ianya sudah ada di dalam aplikasi anda. Maksimum pass yang boleh dibeli dalam satu masa adalah 3x pass.
- Hubungi pihak Tunetalk untuk mengesahkan bahawa servis ROAMING IDD telah diaktifkan.
- Setkan APN anda. Sila semak gambar dibawah
- Setkan local operator yang diberikan. Jika di Singapore, local operator adalah Singtel atau M1
- On Data Roaming
- On Mobile Data



Kesimpulan
Saya sudah terangkan tentang cara beli roaming tunetalk melalui dua kaedah iaitu melalui aplikasi namun saya tidak terangkan kaedah menggunakan SMS kerana ramai yang tersalah masukkan kod menyebabkan mereka gagal untuk langgan ataupun tersalah langgan negara lain. Oleh itu, langkah paling selamat adalah menggunakan aplikasi sahaja.
Alhamdulillah


