Pelan Data Internet Paling Murah 2024

Bismillahirrahmanirrahiim

Kos kehidupan semakin meninggi akibat faktor inflasi yang semakin meningkat saban tahun. Lantaran itu, kebanyakan rakyat Malaysia sudah fokus untuk mengawal perbelanjaan mereka, termasuk dengan kos pembayaran data internet. Artikel kali ini akan fokus pelan data internet paling murah tahun 2024, dengan harapn ianya dapat membantu anda membuat pilihan pelan mana yang paling berbaloi dengan anda.

Pelan Data Internet Paling Murah

Sebelum saya lakukan perbandingan, haruslah diingatkan beberapa perkara untuk anda memilih sesuatu data pelan internet dari telco. Sila rujuk panduan dibawah :

  1. Pastikan kawasan anda mempunyai liputan telco tersebut iaitu 2G 4G dan juga 5G
  2. Pastikan harga plan berada dalam bajet perbelanjaan lingkungan 3-5% dari gaji kasar

Walau apapun, faktor yang pertama adalah faktor paling penting iaitu liputan kawasan. Tiada guna kalau anda dapat pelan termurah sekalipun tetapi kawasan anda tiada liputan. Rugilah kalau anda tidak boleh menggunakan servis yang dibayar. Berikut adalah senarai pelan data internet paling murah untuk semua telco. Untuk makluman, dibawah ini adalah untuk pelan PREPAID sahaja. Tidak adil untuk bandingkan prepaid dengan postpaid yang mana postpaid pasti memberikan kelebihan yang lebih besar dari segi ciri-ciri plan yang ditawarkan.

TELCO Harga / Plan DataKelajuanHotspotCall / SMS
Celcom/DigiRM 25
5G 25
80 GB100 Mbps (15GB pertama)
3 Mbps
3 GBPanggilan tiada had ke semua rangkaian
MaxisRM 25
Pantas 60 GB
30 GB (4G/5G)
30 GB (5G)
4G dan 5GKongsi dari data utamaPanggilan tiada had ke semua rangkaian
UmobileRM 25
U-Prepaid 25
40 GB6 MbpsTiadaPanggilan tiada had ke semua rangkaian
YesRM 20
FT5G 20
50 GB5G/4GKongsi dari data utamaPanggilan tiada had ke semua rangkaian
Halo Telco / TunetalkRM 15
HI-15
10GB4G tiada sekatanKongsi dari data utamaPanggilan tiada had untuk rangkaian Tunetalk
RedOne / BeOneRM 25
RF 30
30 GB4G tiada sekatanTiadaPanggilan tiada had ke semua rangkaian
OneXOXRM 18
WAWA 18
18 GB4G tiada sekatanKongsi dari data utama100 min ke semua rangkaian

Berikut adalah kesimpulan daripada jadual diatas.

  • Pelan termurah : Halo Telco Hi 15 dengan harga RM 15
  • Pelan paling berbaloi (Call Unlimited / 5G Akses / Hotspot dari Main Kuota : Maxis Pantas 60 GB

Kesimpulan

Maka, berakhirlah perbandingan untuk Pelan Data Internet Paling Murah pada tahun 2024. Secara amnya, Maxis tapau semua sekali. Speed mantap, data kuota besar, hotspot shared dari kuota utama dan siap ada unlimited call untuk harga RM 25 sahaja. Kepada yang betul-betul bajet tipis, boleh consider ambil Halo Telco Hi 15, bulanan hanya RM 15 sahaja.

Namun seperti yang saya jelaskan sebelum ini, pastikan COVERAGE ADA DIRUMAH ANDA DAHULU sebelum langgan apa-apa plan ya? Terima kasih kerana membaca. Jika anda ingin dapatkan simkad Halo Telco percuma, sila tekan icon Whatsapp disebelah.

Alhamdulillah.

Ulasan Hi 15 Tunetalk Prepaid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *