Cara Semak Model Telefon

Bismillahirrahmanirrahiim

Pernah tak anda semua menghadapi isu atau masalah pada peranti telefon tetapi tak pasti apakah model yang spesifik anda gunakan. Ya, mungkin anda tahu telefon anda ini Samsung J tetapi varian yang mana? Maklumat model yang tepat adalah salah satu perkara penting yang perlu anda tahu jika anda ingin lakukan online troubleshooting bersama pihak pengeluar.

Cara Semak Model Telefon

Hari ini saya akan jelaskan kepada anda cara bagaimana untuk menyemak model telefon anda dengan tepat. Berikut adalah cara yang diperlukan.

  1. Dial *#06#
  2. Dapatkan nombor IMEI 1 yang dipaparkan.
  3. Layari website IMEI Check – Free online service – IMEI.info
  4. Masukkan nombor IMEI yang telah disalin
  5. Website akan memaparkan model khusus anda.
Contoh semakan IMEI untuk telefon Huawei

Kesimpulan

Saya telah berkongsi dengan anda cara untuk semak model telefon yang anda gunakan. Ianya sangat praktikal jika anda tidak ada lagi kotak telefon yang anda beli atau anda beli telefon second hand. Diharap perkongsian kali ini dapat memberikan info yang bermanfaat kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *