Apa Yang Dimaksudkan Dengan PDP Authentication Failure

Bismillahirrahmanirrahim

Adakah anda pengguna Iphone? Pernah tak anda menjumpai masalah ini apabila tidak boleh menggunakan internet iaitu PDP Authentication Failure. Mesti stress kan tak dapat buka tiktok disebabkan tiada sambungan internet. Jangan risau, kali ini saya akan membahas mengapa masalah ini berlaku dan cara untuk penyelesaiannya.

Mengapa PDP Authentication Failure Terjadi

PDP bermaksud Packet Data Protocol. Apabila isu ini terjadi, terdapat beberapa persoalan yang perlu anda semak.

  1. Adakah anda mempunyai plan internet ?
  2. Adakah anda mempunyai baki kuota plan internet yang mencukupi?
  3. Adakah tetapan APN tepat?
  4. Adakah anda telah on mobile data?

Perkara paling mudah untuk anda lakukan yang pertama adalah semak sama ada anda mempunyai plan internet atau tidak. Jika ada, semak sama ada baki kuota masih ada atau tidak. Sekiranya anda tiada plan atau baki kuota telah habis, sila lakukan pembelian plan yang baru atau beli booster untuk mendapatkan sambungan internet seperti biasa.

Kedua, anda semak pula sama ada tetapan APN anda tepat atau tidak. Biasanya, APN akan set sebagai default. Sekiranya anda tidak pasti, anda boleh klik pada reset APN atau keluar dan masukkan sim semula dan semak semula rangkaian seperti biasa.

Anda juga boleh lakukan basic troubleshooting iaitu restat telefon, on off mode pesawat dan reset network setting di dalam telefon anda. Biasanya selepas anda lakukan semula perkara ini , kebanyakan isu-isu kecil akan dapat diselesaikan dengan mudah. Jika isu masih berlanjutan, barulah anda berhubung dengan telco anda untuk bantuan.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan kepada anda tentang apa itu PDP Authentication Failure. Oleh itu, sebagai pengguna Iphone, anda perlu cakna dengan semua notis error yang keluar di telefon anda supaya anda tahu bagaimana untuk troubleshoot dan selesaikan sendiri masalah ini sebelum merujuk kepada mereka yang lebih pakar.

Rangkaian Sentiasa EDGE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *