Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda tentang isu gagal port in disebabkan isu IC. Untuk makluman anda semua, sekiranya anda ingin Port In, maklumat asas seperti ejaan nama dan juga nombor IC adalah perkara utama sebelum nombor dilepaskan. Ini digunakan untuk menjamin bahawa pemohon adalah pemilik kepada nombor tersebut dan tidak akan jatuh kepada pengguna lain sewenang-wenangnya.
Punca Gagal Port In Disebabkan Isu IC
Pertama adalah disebabkan kesilapan pada nombor IC itu sendiri. Kebanyakan prepaid kini menawarkan pendaftaran dan juga port in di aplikasi. Apabila sistem imbas IC anda, kemungkinan ia tersilap membaca nombor contohnya nombor 3 boleh jadi nombor 8. Disebabkan itulah permohonan gagal disebabkan kesilapan pada angka. Oleh itu anda hanya perlu hubungi telco anda untuk lakukan pembetulan kemudian hantarkan permohonan baru.
Kedua, anda tersilap owner. Contohnya di telco lama berdaftar dibawah nama Ali, tapi di telco baru anda mohon menggunakan nama Abu. Oleh itu, pertukaran tidak dapat dilaksanakan. Untuk penyelesaian, anda perlu hantarkan permohonan baru dibawah nama Ali atau anda perlu datang ke telco lama untuk lakukan pertukaran hak milik dari Ali kepada Abu.
Ketiga adalah isu nombor tentera / polis. Sebahagian telco tidak mempunyai format abjad untuk nombor tentera. Contohnya T374402. Ada telco yang tidak boleh membaca abjad T dihadapan. Ini membuatkan permohonan juga bakal ditolak. Oleh itu penyelesaian untuk isu ini adalah lakukan pertukaran kepada nombor IC awam di telco lama dan juga telco baru.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan kepada anda tentang isu gagal port in disebabkan isu IC. Perkara ini walaupun menyusahkan, tetapi ia penting dalam menjaga dan memelihara maklumat pemilik semasa pemindahan nombor dilaksanakan. Diharap artikel kali ini memberikan input berfaedah kepada anda semua. Sekian terima kasih.