Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua cara port out dari Umobile. Di dalam proses port out, terdapat banyak faktor yang akan dilihat biasanya adalah nama, IC, jenis IC, bil, kontrak, primary supplementary line dan juga pengesahan dari pihak pengguna iaitu sms balas. Namun ramai yang menghadapi masalah untuk menjawab SMS pengesahan tersebut.
Cara Port Out Dari Umobile.
Selepas anda hantarkan permohonan Port In di Halo Telco tidak kira sama ada melalui aplikasi ataupun menghubungi khidmat pelanggan, sila masukkan simkad Umobile di dalam telefon anda kerana pihak Umobile akan menghantar SMS pengesahan kepada sim Umobile. Ramai yang terkeliru apabila terfikir bahawa SMS tersebut akan dihantar ke sim Halo Telco.
Selepas anda mendapat SMS pengesahan dari Umobile, sila jawab SMS pengesahan yang diberikan. Biasanya dalam 1-3 jam selepas menghantar permohonan, anda akan mendapat SMS tersebut Berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda patuhi sebelum membalas SMS tersebut.
- Anda hanya boleh reply sekali sahaja. Jika tersilap, port out akan gagal dan anda akan ulang semula proses yang sama.
- Pastikan anda mempunyai rangkaian yang baik.
- Jawab menggunakan format dan waktu yang ditetapkan.
Secara amnya, semua SMS pengesahan akan mempunyai tempoh waktu untuk menerima SMS balas anda seperti 3 jam selepas SMS dihantar. Jika anda tidak jawab dalam tempoh berikut maka permohonan akan gagal. Dibawah adalah format untuk membalas SMS pengesahan tersebut.

Port Out YES 6XXXXXXXXXX
Sila copypaste format diatas dan gantikan XXX dengan nombor telefon anda.
Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Semasa Membalas SMS Pengesahan
Dibawah adalah senarai kesalahan yang biasa dilakukan semasa menaip format.
- Tidak mengikut huruf kecil dan besar.
- Tertinggal jarak
- Meletakkan tanda < >
- Tidak meletakkan nombor 6 dihadapan nombor telefon.
Kesimpulan
Saya sudah menerangkan tentang Cara Port Out Dari Umobile yang mana ia sebenarnya agak mengelirukan. Jangan risau, selepas ini, anda copy paste sahaja format yang diberikan diatas kemudian gantikan sahaja tanda pangkah dengan nombor telefon anda. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Terima kasih.