Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya akan berkongsi dengan anda tentang cara port in Tune Talk hanya menggunakan aplikasi sahaja. Kepada anda yang tidak faham, Port In adalah salah satu proses untuk mengekalkan nombor lama di telco lain tetapi anda ingin membawanya kepada telco baru pilihan anda. Sila ikuti langkah dibawah untuk maklumat lanjut.
Cara Port In Tune Talk Melalui Aplikasi.
Pertama : Login dan klik pada More

Kedua : Klik pada Extra Services, anda akan lihat pilihan Switch to Tune Talk

Ketiga : Pilih nama telco lama anda, contohnya Maxis, Celcom, Umobile, BE ONE dan sebagainya dan klik Add Mobile Number

Keempat : Masukkan nombor telco lama anda dan pilih nombor telefon Tunetalk yang anda ingin gantikan dengan nombor lama. Kemudian klik Confirm

Kelima : Selepas sahkan, klik pada Submit Now.

Selepas penghantaran berjaya, sila gunakan simkad telco lama anda di dalam telefon dan jawab SMS pengesahan yang diberikan. Sila pastikan anda menggunakan format yang telah diberikan untuk mengelakkan proses tersebut gagal akibat anda membalas respons yang tidak wajar.
Kesimpulan
Saya baru sahaja menerangkan tentang Cara Port In Tune Talk Melalui Aplikasi. Mudah bukan prosesnya? Selepas selesai anda hanya perlu tunggu dalam tempoh 24-48 jam hari bekerja sahaja. Antara tips untuk ketahui sama ada sudah berjaya atau tidak, anda hanya perlu gunakan simkad telco lama dan semak, jika sudah tiada signal, ia bermaksud nombor sudah berjaya Port In.