Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini saya berkesempatan untuk menerangkan tentang fungsi incognito Google Chrome. Mungkin anda pernah terjumpa sepanjang anda membuka browser Google Chrome. Mesti anda tertanya-tanya apakah yang boleh ditawarkan dalam mod incognito betul? Jadi, artikel kali ini akan terangkan semua maklumat yang berkaitan dengan incognito.
Apakah Fungsi Incognito Google Chrome?
Apabila anda menggunakan mod ini, browser tidak akan menyimpan apa-apa rekod penggunaan internet anda sama ada dari segi sejarah carian, cache atau cookies selepas anda menutup tingkap browser tersebut. Berbeza dengan mod normal,jika anda buka Facebook, dan tutup tab tersebut, bila anda buka semula, anda masih lagi login di dalam Facebook anda.
Incognito ini ibarat browser anda lihat anda tengah layari website apa tetapi ia buat-buat tak nampak apa yang anda buat.
- Browsing History : Akan kosong. Bila anda buka akan kosong langsung tiada rekod walaupun anda dah buka berpuluh-puluh page website.
- Cache : Juga kosong. Oleh itu targeted ads tak akan dipaparkan pada anda. Jika anda guna mod normal, anda taip jerawat sahaja di Google Search, akan bersepah iklan ubat jerawat yang akan anda lihat.
- Cache : Tiada data-data website yang akan disimpan. Contohnya jika anda sudah buka satu website, yang penuh dengan gambar, jika mod normal anda akan ada cache gambar ini dan anda boleh buka website lebih cepat. Tetapi di incognito semua maklumat tersebut tidak disimpan.
Bilakah Anda Boleh Gunakan Fungsi Incognito Google Chrome.
Pertama : Jika anda menggunakan komputer atau laptop yang sama dengan orang lain, dan anda tidak mahu orang lain tahu apa yang anda lakukan carian. Contohnya di tempat kerja anda komputer digunakan oleh beberapa rakan kerja. Untuk elakkan mereka tahu apa yang anda lakukan carian, incognito lah jawapannya.
Kedua : Elakkan Autofill. Autofill secara amnya sangat membantu tetapi kadang-kadang akan menyebabkan kesilpaan. Contohnya anda ingin bayar kad kredit tetapi nombor kad tersebut telah tamat tempoh, ia akan menyebabkan kegagalan transaksi dan sebagainya.
Ketiga : Kepada Website Tester seperti blogger, web admin dan sebagainya, mereka akan gunakan mod incognito untuk semak live feed website mereka. Oleh itu, website mereka tidak akan terpengaruh dengan Cache dan Cookies yang akan memberi bias kepada website tester untuk memberikan skor website mereka.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan tentang fungsi incognito Google Chrome. Saya jarang guna mod ini kerana saya bukanlah orang penting. Adakah anda pengguna tegar mod incognito? Jika ya, diharap mod tersebut dapat memberikan sesuatu kebaikan kepada penggunaan internet anda. Alhamdulillah.