Kenapa Tidak Boleh Daftar Whatsapp Selepas Beli Nombor

Kenapa Tidak Boleh Daftar Whatsapp

Bismillahirrahmanirrahiim

Kali ini saya berkesempatan untuk menulis berkenaan dengan isu kenapa tidak boleh daftar Whatsapp selepas beli nombor. Pasti anda pelik kenapa perkara ini berlaku walaupun anda baru sahaja beli nombor dan simkad tersebut 5 minit yang lalu. Mari kita lihat penjelasannya seperti artikel dibawah. Diharap ianya dapat menjawab persoalan anda.

Kenapa Tidak Boleh Daftar Whatsapp

Secara amnya, kebanyakan nombor yang ada dalam pasaran adalah nombor kita semula. Ia bermaksud nombor tersebut pernah digunakan oleh orang lain sebelum anda. Adalah agak sukar untuk mendapatkan nombor yang betul-betul fresh kerana setiap tahun MCMC akan memberikan kuota yang terhad kepada setiap telco. Oleh itu antara cara untuk selesaikan isu tersebut adalah dengan mengkitar semula nombor-nombor yang telah tamat perkhidmatan.

Menapa kitar semula nombor itu penting? Jika pihak MCMC tidak mengambil pendekatan untuk mengitar semula nombor, dikhuatiri nombor telefon akan menjadi terlampau panjang dan sukar untuk diingati. Umum, walaupun penduduk Malaysia ini lebih kurang 33 juta orang sahaja, namun tidak mustahil untuk seseorang mempunyai lebih dari satu nombor telefon yang berdaftar.

Berbalik kepada kenapa tidak boleh daftar whatsapp adalah kerana nombor yang anda pilih sebelum ini telah disalahgunakan oleh owner lama. Secara amnya, isu yang selalu menyebabkan sesuatu nombor dikenakan ban adalah nombor tersebut dilaporkan oleh kebanyakan user disebabkan scammer issue dan juga sistem mengesan anda menjalani aktiviti mass spamming.

Terdapat dua jenis ban yang dikenakan oleh pihak Whatsapp iaitu :

  1. Temporary Ban : Nombor telah disekat secara sementara. Anda boleh berhubung dengan pihak Whatsapp untuk kemukakan rayuan.
  2. Permanent Ban : Nombor tersebut telah disekat 100% dan tiada cara untuk aktifkan semula nombor yang telah disekat.

Cara Untuk Selesaikan isu Kenapa Tidak Boleh Daftar Whatsapp.

Jika anda hanya dikenakan temporary ban, anda hanya perlu lakukan rayuan sahaja kepada pihak mereka. Anda boleh berhubung dengan mereka melalui link Contact WhatsApp. Sila kemukakan rayuan kepada mereka dan tertalkluk kepada budi bicara mereka untuk teruskan dengan rayuan tersebut.

Alternatif yang paling mudah adalah anda lakukan sahaja pertukaran nombor yang baru. Bagi pengguna Halo Telco Tunetalk, sekiranya anda baru sahaja daftar, dalam tempoh 48 jam pertama, anda boleh lakukan pertukaran nombor secara percuma untuk sekali sahaja. Oleh itu anda boleh terus sahaja tukar nombor anda melalui aplikasi Tunetalk tanpa sebarang bayaran. Pertukaran akan mengambil masa dalam tempoh 1-3 minit sahaja.

Kesimpulan

Saya telah menjelaskan dengan terperinci kenapa nombor tidak boleh digunakan untuk mendaftar whatsapp. Untuk mengelakkan anda pening kepala, tukar sahaja nombor anda secepat mungkin dalam tempoh 48 jam selepas daftar. Anda tidak rugi apa-apa kerana ianya percuma. Sekian terima kasih.

Cara Lajukan Internet Router

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *