Bismillahirrahmanirrahiim
Artikel kali ini saya akan terangkan tentang apa itu Halo Commerce Club. Macam pelik je kan? Ini macam nak buka platform jual beli online seperti Shopee kah? Bukan, tapi jika anda orang yang spend duit untuk iklan iklan di social media, pasti anda akan suka dengan Halo Commerce Club ini. Tidak percaya? Jom baca penerangan dari saya.
Apa itu Halo Commerce Club
Ia merupakan satu program yang dibawakan oleh Halo Telco kepada dealer-dealer yang aktif mempromosikan Halo Telco melalui aplikasi Online sama ada Shopee, Lazada, Tiktok dan sebagainya. Tujuan penubuhan kelab ini tidak lain tidak bukan ingin membantu dealer Halo Telco melakukan promosi dengan lebih giat di platform maya.
Faedah Halo Commerce Club
Sebagai ahli , faedah terbesar yang akan anda terima adalah subsidi kos pengiklanan dari pihak Halo Telco. Sudahlah anda boleh dapatkan viewers yang lebih berkualiti, lebih ramai dan lebih targeted, malah anda diberikan subsidi kos pengiklanan pula. Semua komisen hak milik anda 100%.
Seterusnya, anda berhak untuk membeli Simkad Tiktok Edisi Khas. Apa yang membuatkan ianya istimewa adalah apabila anda berjaya menjual simkad tersebut dalam satu kuantiti sasaran, anda boleh menebus simkad baru secara percuma. Lihat, anda boleh jimat banyak disebabkan faedah penebusan simkad percuma ini.
Terakhir, jika ada event-event rasmi daripada HQ, anda akan diberikan keutamaan untuk slot in kedalam event tersebut. Dalam masa yang sama anda juga boleh turut menjual bersama-sama dan meraih keuntungan yang lebih sekiranya ramai yang melanggan simkad semasa event tersebut.
Syarat Untuk Untuk Menyertai Halo Commerce Club
Berikut adalah syarat-syarat untuk menyertai Halo Commerce Club
- Anda adalah dealer yang aktif yang melanggan plan RM 35 keatas secara bulanan.
- Anda adalah Ahli Halo Club
- Anda mempunyai akaun sosial media yang aktif
- Anda hanya menjual produk Halo Telco di platform online
Cara-Cara Untuk Daftar Halo Commerce Club
Langkah untuk membuat pengaktifan status Halo Commerce Club
- 1. Buka aplikasi Halo GO Partner
- 2. Pergi pada “Selfcare”
- 3. Klik pada “more”
- 4. Klik “Halo Commerce Club Application”
- 5. Baca terma dan syarat dan isi butiran maklumat dengan lengkap
- 6. Hantar permohonan
Selepas permohonan dihantar, proses dalam tempoh 3-7 hari bekerja untuk pihak admin sahkan permohonan tersebut, jika gagal, permohonan boleh dihantar semula dan berikan bukti ads (Tiktok, Shopee atau Lazada) pada nombor 01150505081, untuk pihak admin kami sahkan semula permohonan tersebut.
Cara Claim Subsidi Iklan
Untuk permohonan pertama, anda sudah selitkan terus dengan kos iklan semasa. Selepas menjadi ahli, jika anda ingin claim sekali lagi subsidi iklan, anda harus buka satu Online atau Offline Event Registration terlebih dahulu. Kemudian barulah pihak Halo Telco akan menilai permohonan kos pengiklanan tersebut.
Online /Offline Event Registration
- Buka aplikasi Halogo Partner
- Pilih Business
- Pilih Event Registration
- Pilih Online / Offline bergantung pada anda
- Isi semua maklumat
- Isikan Account Online anda yang guna untuk buat ads (hanya untuk Online sahaja)
- Masukkan gambar kedai online anda
- Pilih tarikh ads dijalankan. Contoh 15/11 sehingga 30/11
- Kemudian anda akan terima satu pengesahan iklan tersebut.
- Selepas tamat tarikh ads, anda akan terima satu email peringatan
- Sila lampirkan semua bukti perbelanjaan ads tersebut di dalam email dalam tempoh 3-5 hari selepas tarikh tamat.
- Selepas itu, pihak Halo Telco akan nilai dalam tempoh 3 – 7 hari waktu bekerja dan anda tunggu sahaja maklum balas email mereka.

Kesimpulan
Saya sudah menerangkan dengan lebih terperinci tentang apa itu Halo Commerce Club. Sejujurnya ia adalah satu program yang sangat-sangat berbaloi yang mana pihak Halo Telco bersungguh-sungguh dalam membantu dealer untuk berjaya bersama syarikat.
Alhamdulillah