Bismillahirrahmanirrahiim
Artikel kali ini saya berkesempatan untuk menerangkan dengan lebih lanjut insuran Halo Telco Takaful Zurich. Inilah kelebihan berbanding dari Tunetalk yang mana Halo Telco menawarkan satu lagi insuran tambahan khusus untuk kecelakaan yang mendatangkan kecederaan. Jom kita lihat apa faedah yang ditawarakn.
Kelayakan Insuran Halo Telco Takaful Zurich
Insuran ini dikelolakan oleh pihak Takaful Zurich. Oleh itu, semua tuntutan dan peraturan adalah tertakluk dibawah kuasa mereka. Oleh itu, untuk melayakkan anda mendapat insuran ini sangat mudah iaitu anda harus melakukan Top Up atau membeli data plan terus daripada aplikasi Halogo Lifestyle atau Halogo Partner sahaja.
Jika anda membeli topup di kedai, atau direct dari bank, maaf anda tidak layak untuk mendapatkan insuran tersebut. Jadi, agak rugi disitu kerana banyak kes yang saya lihat apabila pelanggan cuba untuk melakukan tuntutan namun gagal disebabkan top up tidak dilakukan di dalam aplikasi.
Berikut adalah kelayakan untuk mendapatkan insuran tersebut.
- Berumur 12 tahun keatas dan tiada had umur
- Top Up minima RM 30 melalui aplikasi Halogo Partner atau Lifestyle
- Nombor harus aktif
- Satu IC hanya boleh mempunyai satu tuntutan sahaja walaupun pelanggan mempunyai banyak nombor
- Satu tuntutan sahaja dibenarkan untuk setiap tahun.
Faedah Insuran Halo Telco Takaful Zurich
Secara amnya, jika anda mengalami kecelakaan sama ada jatuh tangga, kemalangan jalan raya , atau kemalangan dirumah, anda boleh menggunakan faedah insuran ini. Sila semak butiran lebih lanjut seperti dibawah ya?
- Kematian atau Cacat Kekal akibat Kemalangan Jalan Raya : Sehingga RM 5,000
- Masuk Wad akibat kemalangan : RM 50 sehari, maksimum 14 hari
- Kerosakan telefon semasa kemalangan kenderaan bermotor: RM 200
- Perbelanjaan perubatan akibat kemalangan : RM 500
Mekanik Perlindungan Insuran Halo Telco Takaful Zurich
Seperti yang diberitahu, top up atau langgan pelan minima RM 30 dalam satu resit, maka perlindungan akan diaktifkan. Sebagai contoh, jika anda beli top up pada 15/11/24, maka perlindungan anda bermula dari 1 Dis 24 sehingga 31 Dis 24. Oleh itu, pastikan anda terus top up atau beli pelan secara bulanan untuk mendapatkan faedah tersebut.
Cara Claim Insuran Halo Telco Takaful Zurich
Untuk pelanggan yang ingin lakukan tuntutan insurans tersebut. Sila isikan maklumat butiran dibawah dengan lengkap dan hantar kepada email pihak support kami, support@halogo.my
- Nama Penuh :
- Nombor MyKad/Passport :
- Nombor Telefon :
- Nombor Siri SIM KAD :
- E-mel yang Aktif :
- Gambar IC depan dan belakang :
- Lampiran surat repot polis tentang kemalangan :
- Lampiran surat medikal dari klinik atau hospital :
Peringatan mesra : Pastikan tuntutan ini hendaklah dilakukan dalam tempoh 14 hari selepas hari kemalangan. Hanya 1 nombor aktif sahaja boleh lakukan tuntutan dalam setahun. Pastikan anda berikan dokumen yang lengkap dan asli kepada pihak support kami. Tempoh kelulusan adalah dalam 30 hari bergantung kepada ketepatan maklumat dan dokumen yang diberikan oleh pelanggan.
Kesimpulan
Saya sudah menerangkan tentang insuran Halo Telco yang mana sangat sesuai untuk anda yang tidak mahu keluarkan wang tambahan untuk insuran. Jom gunakan Halo Telco dan dapatkan manfaat insurans ini secara percuma tanpa bayaran tambahan.
Alhamdulillah